Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HINA SULTAN

Wanita direman berkaitan kes hina Sultan Johor
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
 
JOHOR BAHRU - Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghasut dan menghina Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook. 
 
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, wanita berumur 26 tahun itu direman sehingga Khamis ini selepas ditahan di tempat letak kereta di Jalan Sutera, di sini kira-kira 3 pagi tadi.

Katanya, pelayan pelanggan (GRO) itu, yang berasal dari Pontian, dibuat ditahan selepas polis menerima laporan seorang lelaki dari Majlis Gabungan Johor pada 8.53 malam di Balai Polis Kempas di sini pada 15 Disember lepas.

"Dalam laporannya, lelaki terbabit menyatakan dia terbaca komen penghinaan terhadap Sultan Johor mengenai isu vape menerusi Facebook atas nama 'Chinta Fina' semasa berada di sebuah kedai makan di Taman Putra di sini, pada 8.15 malam hari yang sama," katanya menerusi kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.