Mahathir: Keluar Umno bukan sebab kedudukan Mukhriz
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan
tindakan beliau meninggalkan Umno adalah disebabkan oleh kedudukan
anaknya, Datuk Seri Mukriz Mahathir.
Menurut Dr Mahathir, Mukriz menyertai politik hanya selepas beliau tidak lagi terlibat dalam politik serta kepimpinan negara.
"Saya tidak mengamalkan nepotism. Jika saya nak anak saya jadi Perdana Menteri, saya boleh lakukan ketika berada di dalam kerajaan dulu lagi.
"Tapi dia menyertai politik hanya selepas saya tinggalkan politik," katanya ketika sidang media mengenai pengemuman keluar Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Dalam sidang media tersebut, Dr Mahatir mengumumkan untuk meninggalkan Umno buat kali kedua selepas meninggalkan parti itu pada Mei 2008, bagaimanapun menyertai semula pada tahun 2009.
Tindakan Mahathir meninggalkan Umno pada kali ini dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir berkata, langkah itu diambil kerana parti itu bukan lagi seperti Umno dahulu, ia sebaliknya hanyalah sebuah parti penyokong Najib.

0 orang berkata:
Post a Comment