Hutan Bukit Batu Kapur di Gombak terbakar
GOMBAK - Kira-kira 10 hektar hutan di Bukit Batu Kapur Kampung Sri
Gombak di sini terbakar sejak awal pagi tadi menyebabkan asap tebal
kelihatan sekitar sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi Abu Bakar
berkata, tiga balai terlibat dalam operasi pemadaman selepas menerima
panggilan kira-kira jam 10.42 pagi itu.
Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan sehingga jam 1 petang
itu untuk mengawal kebakaran melibatkan hutan yang ketinggiannya
kira-kira 60 meter itu.
"Jentera pertama tiba jam 10.49 pagi disusuli bantuan dar balai Rawang dan Gombak Selatan selain Selayang.
"Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi dan kerja pemadaman masih dilakukan untuk mengawal kebakaran," katanya.
Katanya, khidmat bantuan dari udara mungkin digunakan bagi memantau
keadaan dari atas disebabkan kebakaran berlaku di kawasan berbukit.
0 orang berkata:
Post a Comment