Guan Eng: Azmin tidak sepatutnya masuk campur
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menyangka Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masuk campur dalam pentadbiran
Kerajaan Pulau Pinang selepas menyelar tindakannya memecat dua Adun PKR
dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Menurutnya, prinsip tidak masuk campur dalam pentabdiran negeri masing-masing itu dipegang sejak 2008 lagi.
"Saya hairan kenapa tiba-tiba Mohamed Azmin masuk campur dalam
pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang sedangkan sejak 2008 lagi, kita
mengamalkan prinsip menguruskan negeri masing-masing. Saya rasa ini
pertama kali beliau masuk campur dalam hal di Pulau Pinang.
"DAP juga tidak pernah masuk campur dalam hal negeri Selangor kerana
kita ada wakil (sebagai Exco) dalam pentadbiran negeri itu," katanya
kepada media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebentar tadi.
Semalam, PKR menyelar Guan Eng yang memecat dua Adun PKR, Ong Chin Wen
(Bukit Tengah) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) daripada agensi dan
syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, Guan Eng tidak
sepatutnya berbuat demikian kerana dua Adun PKR itu hanya menyampaikan
pandangan yang berbeza dan harus diraikan setiap pihak.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment