Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUPANYA MUHYIDDIN PENGHALANG UMNO BERGERAK KEHADAPAN

ORANG UMNO JOHOR BAGI TAHNIAH KEPADA ORANG JOHOR YANG MEMPENGURUSIKAN MAJLIS TERTINGGI PECAT MUHYIDDIN - Pak Karamu

 
Keputusan gantung Muhyiddin gerakkan Umno ke hadapan
Hishammuddin Tun Hussein


KUALA LUMPUR - ‎Keputusan penggantungan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bukti kerjasama Umno sebagai satu pasukan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan bukti Umno mampu bergerak seiring untuk berhadapan dengan rakyat.

"Hakikatnya, keputusan telah dibuat oleh MT dan keputusan yang dibuat ini bersandarkan kepada matlamat kita untuk melihat ke hadapan.

"Harapan saya bersandarkan kepada kerjasama satu pasukan dan secara peribadi saya, keputusan yang dibuat secara bersama (menggantung Muhyiddin), ia dapat membantu kita bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa kita mempertikaikan gerakan.

"Saya tengok penting dalam nak berhadapan dengan rakyat," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli MT, di Menara Dato' Onn, hari ini.

Muhyiddin hari ini dilaporkan digantung serta-merta daripada jawatan beliau dalam parti.


Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media selepas Mesyuarat MT Umno yang berlangsung petang ini.

Difahamkan, ‎keputusan itu dibuat selepas ahli MT Umno sebulat suara menyokong usul tersebut yang dibawa secara bersama oleh semua ahli MT dalam satu mesyuarat, hari ini.

Menurut Hishammuddin lagi, keputusan penggantungan itu bukan sahaja diputuskan secara konsensus malah ia juga bersandarkan kepada keinginan pucuk pimpinan parti.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

XUMNO...taknak cuba nasib angka ritual ghaib seperti yg diiklan olih blog parti islam Pakkaramu ni?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.