Lapan anak kapal TUDM CN235 dibawa ke Subang
KUALA LUMPUR - Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, dibawa ke
Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan.
TUDM dalam kenyataannya hari ini menyatakan kesemua anak kapal itu
diterbangkan dengan helikopter EC 725 dan mendarat di Pangkalan Udara
Subang pada jam 10.18 pagi tadi.
Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal
itu.
TUDM sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat CN235 dari
kawasan insiden dan menempatkan anggota Pasukan Khasnya di kawasan itu
bagi mengawal keselamatan di tempat kejdian
Ia juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan penduduk di sekitar pantai
Kuala Selangor yang memberikan bantuan awal kepada semua anak kapalnya.
Pada jam 8.50 pagi tadi, pesawat CN235 TUDM itu yang membawa lapan
anak kapal telah mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2,
Kuala Selangor.
Lapan anak kapalnya selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu. - Bernama
1 orang berkata:
Nampaknya ruang komen blog PakKara dah jadi papan iklan manusia laknat mempromosi kerja syirik dan haram untuk berjudi nombor. Harap admin buat sesuatu seperti menggunakan moderator untuk menghalang manusia hampeh ini mengajak maksiat.
Post a Comment