‘Flip flop’ isu pekerja asing ada kaitan dengan PRN Sarawak?
SHAH ALAM - Pas mendakwa sikap ‘flip flop’ kerajaan terhadap kes
kemasukan pekerja asing ke negara ini ada kaitan dengan Pilihanraya
Negeri (PRN) Sarawak.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya
percaya pembekuan pengambilan pekerja asing secara total dalam sekelip
mata berkemungkinan hanyalah taktik sementara mengelakkan isu ini
daripada menjadi isu utama di PRN Sarawak nanti.
“Ini kerana isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah
isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi
kesan kepada BN di PRN Sarawak.
“Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem
yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri
dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan pekerja
asing tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang
menyelubungi rakyat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan
pembekuan pengambilan itu berkuat kuasa serta-merta sementara kerajaan
mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.
Sehari sebelumnya, Bangladesh dan Malaysia telah memeterai perjanjian
persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara
berperingkat untuk tempoh tiga tahun.
Namun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menjelaskan
jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh itu bukan untuk Malaysia sahaja
sebaliknya untuk diagihkan ke 139 negara.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, hari ini kerajaan boleh
menyalahkan majikan kononnya mereka yang flip-flop dalam pengambilan
warga asing.
“Tapi, benarkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan?
“Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula
untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan
rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu,” katanya.
Katanya, rakyat di negara ini terutamanya di Sarawak sudah pasti akan
terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing
ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos
hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana
pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun
kebelakangan ini.
“Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur.
“Warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah
dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang
Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih
baik daripada warganegara sendiri,” katanya.
2 orang berkata:
Pfffttt... titm... jap gi kalu tuan presiden cakap takpe bawak masuk bangla, itu satu jihad membantu sesama umat islam.. konpem titm pusing 360 darjah punyalah.. kaki u turn.. kahkahkah..
Apa kurang dengan Pak karamutui ni .otaknya mula berkembang tetapi bila Hadi jerkah aje kecut bagai telur kambing.nak tinjau bangla ni tunggu nasihat Hadi dulu .kau jangan pandai2.
Post a Comment