BUKAN SOAL AGENDA PRIBADI DAN POLITIK TAPI AGENDA MARUAH DAN KEHORMATAN, KAMU ORANG TAK FAHAM MARUAH BOLEH CAKAP IKUT MULUT KAMU. KAMU TAHU UNDANG-UNDANG NEGARA SEKARANG TIDAK CUKUP UNTUK BUAT RAKYAT TEMPATAN MENJADI BAIK DAN ADIL, KAMU PERLU FIKIR APA AKAN JADI JENERASI NEGARA AKAN DATANG JIKA KEBANYAKAN MAKSIAT DILAKUKAN OLEH RAKYAT ASING ? SEHINGGAKAN NEGARA INI DISATU HARI NANTI BOLEH JADI NEGARA MAKSIAT, KAMU PERSATUAN DATO-DATO HANYA KIRA UNTUNG SAHAJA TANPA AMBIL KIRA MARUAH, HANYA ORANG ADA MARUAH SAHAJA BERCAKAP SECARA BERADAB - Pak Karamu
Jangan jadikan isu pekerja asing agenda peribadi, politik
JOHOR BAHRU - Persatuan Usahawan Dato-Dato’ Malaysia meminta isu
pengambilan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh tidak dijadikan agenda
peribadi dan politik pihak tertentu.
Presidennya, Datuk Seri Chen Kim Hock berkata, langkah kerajaan
mengambil pekerja asing termasuk dari Bangladesh untuk bekerja di negara
ini, sepatutnya disokong.
Menurutnya, perkara yang mendatangkan kebaikan kepada majikan dan
industri, tidak seharusnya dirosakkan atas sebab isu peribadi dan
politik pihak tertentu.
“Sepatutnya kita sokong hasrat Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai
hal ini. Jangan benda baik jadi rosak sebab isu ‘personal’ dan politik.
“Kami tidak faham kenapa isu ini tidak habis-habis. Sedangkan pekerja
asing ini diperlukan untuk ditempatkan dalam sektor pembinaan, estet dan
lain-lain.
“Jadi kami minta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi untuk batalkan keputusan kerajaan yang menangguhkan pengambilan
pekerja asing hari ini,” katanya, di sini, semalam.
Kim Hock berkata, majikan di pelbagai sektor di negara ini, boleh
terjejas dan terkesan kerana ketiadaan tenaga kerja asing untuk membuat
kerja yang tidak dilakukan rakyat tempatan.
“Jika buka restoran, tetapi tiada pekerja asing untuk cuci pinggan,
susah juga. Begitu juga di sektor perladangan yang memerlukan pekerja
Bangladesh dan rakyat Indonesia untuk sektor pembinaan.
“Saya tidak faham kenapa perkara ini dijadikan isu sedangkan Timbalan
Perdana Menteri sudah menjelaskan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh
ini dibuat berperingkat-peringkat merangkumi tempoh tiga hingga lima
tahun,” katanya.
Beliau berkata, menyokong langkah membawa masuk pekerja asing untuk
bekerja di negara ini, bukan bermakna tenaga kerja tempatan disisihkan
pihaknya atau majikan.
“Sekarang hendak cari pekerja (termasuk tenaga kerja tempatan) pun
susah. Bila perkara ini jadi isu, kami bertambah lagi susah untuk
menjalankan perusahaan.
“Kami tidak menyisihkan tenaga kerja tempatan, sebaliknya mereka ini
ditawarkan kedudukan, jawatan dan gaji lebih baik dari pekerja asing.
Pekerja asing ini pula melakukan kerja yang kotor, bahaya dan berat,”
katanya.
Ditanya kesan diterima jika penangguhan pengambilan pekerja asing
dibuat dalam tempoh masa yang panjang, Kim Hock berkata, dia bimbang
operasi perusahaan usahawan akan terganggu dan berdepan gulung tikar.
“Ambil contoh negara jiran Singapura, mereka juga memerlukan tenaga
kerja asing termasuk dari Malaysia untuk membolehkan operasi perusahaan
berjalan dengan lancar tanpa menyisihkan rakyat tempatan.
“Tenaga kerja asing ini sebagai satu sokongan kepada keseluruhan operasi yang dijalankan orang tempatan,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment