'Muhyiddin, sila undur atau tanding Presiden Umno'
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa
meninggalkan parti atau bertanding untuk jawatan Presiden Umno dalam
pemilihan akan datang sekiranya benar-benar tidak sehaluan dengan amalan
parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,
tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik Presiden parti, Datuk Seri
Najib Tun Razak secara terbuka memberi contoh tidak baik kepada
kepimpinan di peringkat akar umbi.
“Melihat kepada perkembangan terkini, saya amat kecewa dengan tindakan
yang dilakukan oleh Timbalan Presiden Umno yang sekali lagi secara
terbuka mengkritik kepimpinan Presiden Umno. Perbezaan pendapat atau
pandangan perlulah melalui saluran yang betul agar tidak berlaku
perpecahan dalam Umno.
“Sekiranya beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang
diamalkan Umno selama ini beliau boleh berundur diri atau mungkin juga
boleh menawar diri untuk jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan
datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Terbaharu, Muhyiddin mengkritik Najib dalam sebuah Majlis Mencari
Kebenaran anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia di Balairaya Taman
Intan Duyung, Port Dickson malah beliau mendakwa sehingga kini tidak
dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai orang nombor dua parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan timbalan presiden]
Dalam pada itu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri
berkata, sebagai orang nombor dua dalam parti, Muhyiddin sepatutnya
memainkan peranan sebaik mungkin bagi melicinkan kerja-kerja Najib
sebagai Presiden.
“Tan Sri Muhyiddin perlu ingat yang beliau masih lagi menjadi Ahli
Parlimen Pagoh atas tiket BN dan jentera BN yang banyak membantu beliau
selama hari ini.
“Ingatlah jasa parti terhadap beliau sebarang tindakan yang dilakukan
mestilah tidak melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan,” katanya.
Tambahnya, “kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang
menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia. Setiap
pemimpin parti juga perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti,
kerana perkara itu menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti.”
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno jika beliau
tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya
dengan sempurna.
2 orang berkata:
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment