‘Saya tetap akan terjah,’ kata Azmin
SHAH ALAM – “Ya, saya masih buat dan teruskan program terjah sampai
hari ini,” demikian jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berhubung program Terjah yang dilakukan olehnya sebelum ini.
Menurutnya, program berkenaan bertujuan menyampaikan mesej kepimpinan
pada kakitangan kerajaan negeri supaya turun ke padang dan bertemu
dengan penduduk berbanding duduk di dalam pejabat.
“Dalam awal tahun ini sahaja, saya dah pergi ke Kajang dan baru-baru
ini pula saya sempat pergi ke sekitar Subang seperti Kampung Melayu,
Kampung Seri Aman dan Puchong.
“Minggu depan saya akan terjah pula beberapa kawasan sekitar Pandan dan
Ampang untuk melihat situasi di sana,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, program masih diteruskan walaupun ia memerlukan sokongan semua pihak termasuk pimpinan dan masyarakat.
“Kita kena turun padang untuk jumpa dengan rakyat untuk lihat dan
dengar masalah mereka, selepas itu barulah keputusan boleh dibuat.
“Perkara ini perlu dilakukan dan melibatkan dukungan semua pihak
seperti pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
Terjah adalah program drastik yang diperkenalkan Mohamed Azmin dan
pimpinan kerajaan negeri yang bertujuan menyelesaikan beberapa isu getir
di Selangor seperti masalah air, sampah dan denggi.
Program yang membawa pendekatan kepimpinan melalui teladan ini
diaktifkan beliau sejak memegang jawatan menteri besar pada 23 September
2014.
0 orang berkata:
Post a Comment