Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAB DASARNYABUKANISLAM, KALAU ISLAM DIA TAK KACAU

MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’
MB Kelantan: Amanah parti ‘kacau daun’
Mohd Ammar (lima kiri) bersama pimpinan Pas Kelantan dalam majlis Pelancaran Jentera Parti sempena PRU14 semalam.

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengingatkan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi kerana jelas tidak berupaya merampas Kelantan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Amanah hanya wujud sebagai pihak ‘kacau daun’ dan hanya memberi ruang kepada pihak lawan Barisan Nasional (BN)  untuk menakluk negeri ini.

 “Lagipun Amanah tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan malah di luar Kelantan dan ia hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari Pas.  Perjuangan mereka juga rapuh dan tiada hala tuju,” katanya.

 Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir majlis pelancaran jentera Pas Kelantan sempena PRU-14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini semalam.

 Sebelum ini Presiden Amanah, Muhammad Sabu ketika berceramah di negeri ini menyatakan keyakinan parti itu  mampu mengambil alih Pas Kelantan kerana rakyat negeri ini bijak dalam membuat percaturan politik.

 Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menyerahkan nasib bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang secara lantang mengkritik parti terbabit kepada jawatankuasa tatatertib bagi sebarang tindakan lanjut.

 “Kita tunggu sebarang tindakan daripada jawatankuasa terbabit untuk sebarang keputusan. Segalanya ditentukan pihak berkenaan dan kita hanya tunggu maklumat susulan memandangkan aduan telah dilaporkan," katanya.

 Ditanya mengenai masa depan Husam dalam Pas, Mohd Amar berkata, kini terserah kepada parti selain Husam sendiri sendiri dalam menentu hala tuju perjuangannya.

 “Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian atau keputusan lagipun isu beliau dalam parti masih belum selesai lagi,” katanya.

8 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Mana janji Ulama PAS jika gagal laksana Hudud naknletak jawatan? Adakah janji hanya tinggal janji? Atau janji masyuk....

Myshah said...

Bila masa ulamak pas berjanji sebegitu. Dah berkali diberitahu hudud memerlukan pindaan perlembagaan.

Anonymous said...

Dasar PAS memang Islam...tadak sapapun persoalkan... tp itu tak menjadikan PAS itu agama!!! PAS hanya parti politik... dan sekarang ini dipimpin oleh ketua yg selalu ponteng sedang parlimen.. ketua yg selalu memaki orang lain (Agama Islam ajar mcm tu ka atau ada dasar Parti yg membenarkannya)... Amanat Hadi yg merosakkan hubungan sesama Islam dan meruntuhkan rumahtangga orang lain dah ditarik-balik atau masih berjalan... dan ketua porn pay per view tu masih berdegar-degar sembang padai hukum agama... dan 'seluaq dalam putih' masih lagi berjawatan dlm PAS (tadak rasa malu.. dok kata kat orang lain.. diri sendiri 'out'). Bila dah tau Hudud perlu pundaan Perlembagaan.. yg bingai pi bentang enakmen syariah negeri tanoa rujuk Pengarah Undang-Undang PAS tu pehal? Takkan benda sepenting itu pun Presideng tak leh nak fikir. Melaksana Hudud bukan semudah mcm gi candat sotong... atau tebang balak diam-diam. Dan... dgn dok maki orang lain barua tolol dan masa yg sama jadi PENASIHAT KERAJAAN BN ... bole ka Hudud dilaksanakan. Camne la PAS boleh percaya kat UMNO/BN. Tak suka kat DAP AMANAH ikut korang la... tapi jgn la sampai offer nak berperanan 'BERPENASIHAT' ngan UMNO pulak. Presideng ug cakap tu...

Unknown said...

nampak sngat yg komen ni jahil tentg pas.. biar afa fakta sikit.. klau tk mcm tak cerdik

Anonymous said...

Fakta apa yg kau tau! Punasihat KERAjaan umno!

Anonymous said...

Berikan fakta dari sudut mana Pas itu Islam?

Adakah cuma dari segi pemakaian serban, jubah dan janggut saja ka? Kalau boleh sila jelaskn di sini supaya walaun2 dan pembaca2 tak ditipu lg oleh penjual2 agama Pas.

Tuang presideng kaki ponteng nak jd punahsihat 25% ketua penyamun Najib..

Hudud Pas dah jd hududuitt..

KAH KAH KAH!!!

Arief Sigli said...

sungguh bacaan yang menyenangkan, semoga banyak yang dapat mengambil hikmah :)

raybanoutlet001 said...

instyler max 2
cheap basketball shoes
christian louboutin shoes
prada shoes outlet
reebok shoes
michael kors handbags
michael kors handbags wholesale
ugg outlet
oakley sunglasses
cheap jordan shoes

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.