Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SUDAH BOSAN DENGN UMNO/BN

SANA SINI TAK SELESAI, SANA SINI TANGGUH, SANA SINI RUGI, RUGI, KANTUNG RAKYAT SUDAH KERING, SANA CUKAI SINI CUKAI, SINI NAIK SANA NAIK, SPEED TRAP SUDAH MULA AKTIF SEBAB NAK CARI FULUS, RAKYAT SUDAH TAK MAMPU SENYUM, KITA TAHU BILA RAKYAT MAHU MENANGIS, MERDEKAAAA ! - Pak Karamu 

Kritikan terhadap pemimpin demi kukuhkan parti
Shafie Apdal
Shafie Apdal - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan bahawa kritikan dan teguran yang dibuat oleh pemimpin serta ahli akar umbi Umno selama ini adalah bagi mengukuhkan parti dan kerajaan yang semakin hari tidak mendapat tempat di hati rakyat. 

Menurut beliau, situasi yang dihadapi Umno pada masa ini amat membimbangkan berikutan keyakinan rakyat terhadap parti itu semakin berkurangan dan perkara ini tidak seharusnya dinafikan oleh mana-mana pihak.


Shafei berkata, tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang menyatakan kerisauan beliau dengan menegur tentang keadaan di dalam kerajaan dan parti bukannya bertujuan untuk melemahkan pucuk pimpinan semata-mata.


“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu,”katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.




Selain itu, Shafei turut meluahkan rasa kesalnya berikutan sindrom penafian yang wujud di kalangan pihak tertentu yang berpendapat bahawa jika seseorang ahli parti menegur dan mengkritik pemimpin akan dianggap tidak setia dan dilabel sebagai pengkhianat.


Ujar beliau, walaupun ada pihak yang beranggapan Umno kini mengamalkan demokrasi tulen, namun hakikatnya konsep yang diamalkan oleh parti tersebut adalah berbeza dan tidak seperti negara-negara lain.


“ Lihat sahaja kepada raut wajah akar umbi parti kini, tiada lagi yang mampu tersenyum lebar. Masing-masing cukup sedar akan tekanan yang wujud setiap kali menyuarakan sesuatu.


“Ini tidak wujud dalam parti-parti politik luar negara. Tiada suara yang tidak didengar di House of Commons di Britain, tiada gentar yang terlihat pada wajah rakyat Amerika dalam menyuarakan pandangan mereka. Mereka maklum maksud sebenar perkataan demokrasi,” katanya.


Dalam pada itu, Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, negara yang mengamalkan demokrasi yang matang dan subur akan memahami kepentingan memberi ruang kebebasan untuk mana-mana ahli dan pemimpin parti mengambil pendirian berbeza dengan kepimpinannya.


Katanya, pelbagai isu yang wujud dan dibangkitkan oleh Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini seperti kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ditangani dan dijawab dengan telus serta tiada fakta-fakta yang menyokong bagi membolehkan isu itu diselesaikan dengan baik.


“Tuduhan terbaru oleh WSJ berkaitan isu derma dan 1MDB serta tindakan pihak berkuasa Switzerland dan pihak berkuasa Singapura yang telah membekukan akaun-akaun yang mempunyai urus-niaga mencurigakan berkaitan 1MDB, secara tidak langsung menjatuhkan imej dan kredibiliti bukan hanya pemimpin malahan negara kita.


“Penafian semata-mata tidak cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kerana ia tidak hanya melibatkan negara Malaysia, malah dunia memerhati bagaimana cara kita menyelesaikan isu ini,”katanya.


Tambah beliau, pemimpin yang baik untuk parti dan kerajaan harus berani menyuarakan perkara-perkara bagi menguatkan parti dan kerajaan walaupun berkemungkinan akan hilang jawatan serta kedudukan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.