Penganalisis: Krisis Umno gugat BN
SHAH ALAM – Krisis yang berlaku dalam Umno kini ibarat gempa bumi
kecil yang akhirnya akan memberi kesan pada sokongan rakyat terhadap BN
pada PRU14. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata,
melihatkan persepsi rakyat terutamanya di media sosial, BN berdepan
situasi sukar mengembalikan semula sokongan rakyat mahupun ahli akar
umbinya.
“Saya lihat persepsi masyarakat, kesetiaan dalam kalangan ahli Umno
sebenarnya boleh diragui. Kalau orang Umno sendiri mencurigai
kepimpinan, apatah lagi orang luar. Siapa lagi yang akan membantu
parti.
“BN harus berwaspada, kerana situasi genting ini bukan ujian oleh pihak
luar, tetapi ini dalam parti. Ini bukan krisis parti, tetapi ini perang
elit dalam Umno iaitu antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri
Muhyddin Yassin. Perang ini yang menyebabkan Umno dipandang rendah oleh
orang luar,” katanya.
Menurutnya, penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan
timbalan presiden Umno mendedahkan lagi konflik kepimpinan Umno, yang
selama ini tidak nampak secara ketara.
“Apabila berlaku tindakan terhadap Muhyiddin, rakyat akan nampak secara
ketara akan konflik dalaman Umno. Masyarakat di bawah tertanya-tanya
siapa yang betul dan salah. Umno harus bersedia, perang persepsi dalam
kalangan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, paling dibimbangi wujudnya revolusi dalam kalangan ahli Umno yang mahu mensabotaj parti.
“Dalam satu sudut, itu hak Majlis Tertinggi Umno untuk tentukan (penggantungan). Tetapi perlu diingat, Umno itu milik ahli.
“Mereka ahli parti, tetapi tidak lagi mengiktiraf diri sebagai ahli Umno dan tidak lagi menyokong Umno,” katanya.
Katanya, protes secara senyap dalam kalangan ahli boleh berlaku apabila tibanya PRU.
“Mereka akan protes dalam diam, jentera tidak bergerak, berlaku
perselisihan di peringkat bawah, tidak keluar mengundi mahupun undi
rosak. Ini tindakan yang sudah lambat. Paling digusarkan, sabotaj di
kotak undi, tidak akan dapat disekat,” katanya.
Justeru, pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dilihat akan menggalas tugas serta tanggungjawab yang berat bagi
memastikan sokongan rakyat kembali kepada Umno dan BN.
“Jadi dalam hal ini, Ahmad Zahid akan menjadi mangsa imej dan populariti,” katanya.
1 orang berkata:
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Post a Comment