Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Erti sebuah gempa buatan manusia ?

Tekanan air di Tasik Kenyir punca gempa bumi
Tasik kenyir
 
KUALA TERENGGANU - Gempa bumi lemah yang berlaku di kawasan Empangan Tasik Kenyir malam tadi berpunca daripada tekanan dihasilkan air di dalam empangan itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. 
 
Timbalan Ketua Pengarah Strategi dan Teknikal jabatan itu Dr Rosaidi Che Abas berkata, daya yang terhasil daripada air dalam empangan itu menyebabkan batu batan di sekitar empangan melepaskan tenaga dan menghasilkan gegaran kecil itu.

"Ini bukan kali pertama gegaran kecil berlaku di kawasan empangan berkenaan. Malah gegaran yang berlaku semalam adalah yang ke-27 selepas gegaran kali pertama berukuran 4.6 pada Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan pada tahun 1984.

"Sehubungan dengan itu penduduk setempat tidak perlu risau kerana ia hanya gegaran lemah yang tidak akan memberi kesan kepada kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir dan gegaran boleh dirasai di Kuala Berang pada 9.25 malam tadi

Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16 km Barat Daya dari Kuala Berang.

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Ditanya sama ada kemungkinan gegaran kecil tersebut akan berulang, Dr Rosaidi berkata, ia mungkin berlaku lagi tetapi tidak dalam masa terdekat.

"Keadaan sekarang adalah terkawal tetapi gegaran mungkin akan berlaku lagi tetapi bukan dalam masa sekarang mungkin ia akan berlaku dalam masa setahun dua ini," katanya.

Katanya, walaupun berlaku gegaran pada skala yang lebih tinggi ia tidak akan mencetuskan tsunami kerana ia (tsunami) hanya berlaku di kawasan lautan.

"Saya pasti pihak yang menyelenggara empangan mempunyai pelan tindakan yang khusus bagi memastikan semua keadaan terkawal dan penduduk sekitar adalah selamat sekiranya gegaran melanda kawasan tersebut," katanya. - Bernama
 

1 orang berkata:

Unknown said...

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.