Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SELANGOR PERLU MULAKAN PENERANGAN, JANGAN TIDOR LAGI

Pas anggap kemelut politik sebagai isyarat awal
Dr Halimah Ali
Dr Halimah Ali


SHAH ALAM - Pas Selangor menganggap kemelut yang berlaku sebelum ini adalah sebagai ‘wake up call’ untuk untuk seluruh ahli dan akar umbinya.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Selangor, Dr Halimah Ali berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak berkepentingan sebelum ini seperti ahli Pas keluar dan sertai parti lain menjadi ‘pukulan’ hebat pada Pas sendiri.

“Bagus juga sebenarnya tapi kita mula bertindak untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Pas kerana perlembagaan Pas merujuk pada Al-Quran dan hadis, perlu berdakwah seramai mungkin termasuk golongan bukan Islam, bukan kerana isu-isu sebelum ini.

“Akhir-akhir ni gangguan ‘baharu’ dan lama Pas memomok-momokkan Pas tak sesuai disokong bukan Melayu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga merupakan Adun Selat Klang berkata, sedikit sebanyak ia mencetus kembali Islamiphobia dan ‘Pasphobia’, seolah-olah Pas hanya perjuangkan kepentingan Melayu Islam sahaja.

“Kami mahu cetuskan kebangkitan Pas, keluar mencari masyarakat bukan Melayu untuk perkenalkan slogan Pas iaitu ‘Islam Untuk Semua’.

“Akar umbi Pas perlu pamerkan akhlak yang baik serta banyakkan program dan kebajikan bersama rakyat terutamanya golongan bukan Melayu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, pada Selasa depan, Pas Selangor akan menganjurkan program Pas Selangor Green Silk sempena Tahun Baru Cina di Dewan Persatuan Hokkien, Klang.

“Objektif program adalah untuk menambah golongan bukan Melayu untuk mengenali, menyokong dan seterusnya mengundi Pas di PRU akan datang.

“Kita mahu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan hadir nanti menyatakan dengan jelas bahawa Pas beri jaminan pendidikan, penggunaan bahasa, budaya, agama dan nilai-nilai kaum,” katanya.

Dianggarkan 1,000 orang dari 22 kawasan Selangor akan hadir.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas ni kuat betul kelentongnya....
Bila dah tau nak tegolek dog, kapir jugak yg dicari...

Hamba Allah said...

Halo anjing dapig...cakap tu gunakan akal dan otak yg Allah kurniakan tu..jgn sesedap mulut je nk tuduh PAS yg bkn2..kapir nk menang perlukan pertolongan PAS tapi bila kapir dh menang selesa dgn biadapnya sesuka hati pulak nk ajar selok belok tentang ISLAM pada parti yg perjuangkan ISLAM dari dulu sampai skrg..

Unknown said...

Aku sokong jawapan bob.puak anonymous ni memang dajal.komen pun tak katahuan punca.padan la admin ni pun dok siar juga komen puak ni.sebenarnya puak ni penakut tak berani taruh nama sbb tu la berani komen tak ketahuan hala.

Anonymous said...

Yg kurang berpendidikan Islam memang begitu. Banyak yg Islam baka lahir dlm kelurga islam, tapi cara hidup hampir bukan Islam. Mudah2an mereka terbuka hati utk mendalami Islam.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.