Tidak perlu laksana dasar tiada manfaat
SHAH ALAM – Kerajaan dinasihat untuk tidak melaksanakan dasar-dasar yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung berkata,
ini kerana pelaksanaan dasar sifar berkepentingan boleh membangkitkan
kemarahan dan ketidakpuasan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menangguhkan pengambilan
pekerja asing termasuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Menurut Chean Chung, kerajaan sepatutnya lebih prihatin dalam mempertimbang nasib dan pekerjaan rakyat di negara ini.
“Pengambilan pekerja asing secara besar-besaran bermaksud pekerjaan
rakyat dirampas, gaji rakyat ditekan dan kemungkinan mendatangkan
pelbagai masalah sosial.
“Sesungguhnya, kami memahami kemarahan rakyat mengenai keinginan
kerajaan untuk membawa lebih banyak pekerja asing,” katanya menerusi
kenyataan, hari ini.
Semalam, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguh pengambilan
semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.
[ARTIKEL BERKAITAN: TPM: Kerajaan tangguh pengambilan pekerja asing serta-merta]
Menurut Cheang Chung lagi, penangguhan tersebut juga membuktikan rakyat
berkuasa mengubah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan.
“Jika suara rakyat itu lantang dan jika rakyat terus bersuara, pihak
pemerintah tidak akan bertindak sewenang-wenangnya, dan suara rakyat itu
boleh mengubah nasib negara,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment