Dr M, isteri umum keluar Umno kali ke dua
Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan meninggalkan parti Umno buat kali kedua.
Tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata, langkah itu diambil kerana parti itu bukan lagi
seperti Umno dahulu, ia sebaliknya hanyalah sebuah parti penyokong
Najib.
"Saya tinggalkan Umno kerana ia kini adalah parti untuk melindungi Najib dari sebarang kesalahan yang dilakukannya.
"Saya tak boleh jadi ahli untuk parti sebegitu memandangkan Umno
berjuang untuk menentang Malayan Union, mencapai kemerdekaan serta
pembangunan Malaysia," katanya ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan
Perdana, di sini, hari ini.
Dr Mahathir pernah meninggalkan parti keramat itu pada Mei 2008, bagaimanapun menyertai semula Umno pada tahun 2009.
Difahamkan, tindakannya meninggalkan parti pada waktu itu dibuat kerana kekecewaannya terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, disebabkan oleh perubahan dalam
strategi dan polisi bagi melindungi Najib, Umno tidak lagi berfungsi
mengikut perjuangan asal parti itu.
Beliau berkata, negara kini sedang berdepan dengan hari-hari teruk dimana ekonomi negara semakin menurun.
"Penilaian terhadap ringgit negara semakin teruk malah pelaburan dalam dan luar negara juga turut terkesan.
"Selain itu, imej negara juga semakin terjejas disebabkan oleh ekonomi
yang makin teruk," katanya lagi.Disamping itu, Dr Mahatir memaklumkan
yang beliau juga tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan atau
menyertai mana-mana parti lain selepas ini.
Dalam pada masa yang sama, Dr Mahathir turut memberitahu media bahawa
isterinya, Tun Dr Siti Hasmah juga akan turut meninggalkan Umno selepas
ini.
1 orang berkata:
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…
*angka ritual gaib singapura
*angka ritual gaib hongkong
*angka ritual gaib malyaisia
*angka ritual gaib sidney
*angka ritual gaib kuda lari.
Post a Comment