SEMUA MAKHLUK DI LANGIT DAN BUMI BERDO'A KEPADA TUHAN, MEREKA MEMINTA APA YANG MEREKA HAJAT. UMNO JUGA DEMIKIAN, DIANTARA AHLI UMNO ADA YANG BERDO'A MINTA SEPARUH DARIPADA AHLINYA MENINGGALKAN PARTI TERSEBUT. DIANTARA YANG BERDO'A ADA JUGA YANG MINTA UMNO TUTUP TABIR SEBAB SUDAH MUAK DENGAN BERBAGAI MUSLIHAT UNTUK BESARKAN TEMBOLOK - Pak Karamu
'Semoga ALLAH lindungi Umno'
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata,
pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno hari ini sudah lama
diduga olehnya.
Katanya, beliau sama sekali tidak terkejut dengan tindakan bekas perdana menteri itu.
Annuar yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Ketereh mendakwa
pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yang berterusan dalam usaha
Dr Mahathir bagi 'menumpaskan' Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas
usaha beliau mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi Umno
bahagian gagal.
"Strategi terbaru ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh Umno
sebagai kaedah terakhir menewaskan Najib. Pendekatan ini di dorong
pengalaman Mahathir dimana beliau bersedia mengorbankan Umno demi
mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.
"Kerajaan Umno Kelantan 'dibunuh' dalam usaha Mahathir menewaskan
Tengku Razaleigh, Kerajaan Umno Selangor 'terkorban' berikutan usahanya
menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga
jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi.
"Justeru terpulanglah kepada ahli Umno untuk melihat episod terbaru
ini. Barang siapa berjuang kerana Mahathir mungkin mengikuti beliau dan
barang siapa berjuang kerana Umno demi agama, bangsa dan tanah air sama
sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu kerana Umno itu
bukan Mahathir, tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.Semoga ALLAH
melindungi Umno," katanya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd
Puad Zarkashi berkata, Mahathir sebenarnya sudah lama hilang
pertimbangan maka tindakan beliau keluar Umno tidak lagi mengejutkan
bahkan tidak lagi relevan.
"Beliau sudah lama sebenarya menikam Umno kerana tindakan menganggu
kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj Umno untuk kalah dalam
PRU ke 14.
"Tindakan Tun M adalah betul kerana lebih baik dia berjuang dari luar
untuk menyerang Najib setelah gagal hampir setahun untuk menumbangkan
Najib dari dalam," katanya.
Ujarnya lagi ketika Dr Mahathir menjadi Presiden Umno pun dua bekas
Presiden Umno iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien On juga telah
keluar parti.
"Maka tindakan Tun M bukan gejala baru, tidak menghairankan dan Umno saya yakin mampu menanganinya.
"Saya yakin tidak ramai yang ikut jejak Tun M seperti mana ketika
beliau keluar Umno di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Saya
percaya kali ini Tun tidak akan berpatah balik kepada Umno. Saya juga
percaya Umno akan bertambah matang dan bersatu dengam tindakan Tun M
itu," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment