SEBUTLAH APA SYARATPUN, IANYA TETAP TIDAK DAPAT MENCEGAH PERKEMBANGAN MAKSIAT, DISEBABKAN MEREKA MASUK MAKA NEGARA AKAN MENJADI NEGARA CONTOH BERKEMBANGNYA JENAYAH DAN MAKSIAT - Pak Karamu
Kerajaan ada langkah khas tangani pekerja asing
MARAN - "Kerajaan mempunyai langkah khas untuk mengekang masalah
lambakan tenaga buruh, sosial, jenayah, dan kesihatan yang mungkin akan
timbul berikutan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh," kata Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Beliau berkata, antara langkah itu termasuk menetapkan tiga syarat yang
mesti dipatuhi pihak berkenaan sebelum seseorang pekerja asing
dibenarkan bekerja di negara ini.
Menurutnya, tiga syarat itu ialah pekerja mesti bebas penyakit
berjangkit, bebas jenayah dan produktif dalam mencapai sasaran pekerjaan
untuk memastikan tidak timbul sebarang masalah apabila mereka tiba di
negara ini nanti.
"Kerajaan melalui jawatankuasa khas akan menyaring setiap pekerja asing
Bangladesh dari segi kesihatan, keupayaan latihan dan rekod jenayah
sebelum diambil bekerja oleh majikan.
"Mana-mana pekerja Bangladesh tidak dapat memenuhi kreteria tersebut
akan dihantar pulang dan digantikan individu lain yang bersedia bekerja
di beberapa sektor seperti perladangan, kilang, pembuatan dan lain
lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis gotong-royong
mengecat dan membaik pulih rumah Imam Masjid Kampung Jara, Ghazali Mamat
yang ditimpa pokok dalam kejadian ribut di Kampung Kuala Sentol petang
tadi.
Pengambilan pekerja asing dari semua negara bagaimanapun telah
ditangguh sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar
tenaga kerja oleh pihak industri. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment