Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

permohonan najib

Najib pohon masukkan penafian terlibat isu 1MDB
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan bagi memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad dalam tuntutan saman yang dikemukakan terhadap Harakah dan Harakahdaily. 
 
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata kenyataan itu adalah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang menyatakan Najib tidak terlibat dalam kes salah guna berhubung 1MDB dan dana berjumlah RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

"Kami diarahkan oleh perdana menteri untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan bagi memasukkan kedua-dua kenyataan itu dan mahkamah turut mengarahkan supaya permohonan tersebut difailkan secepat mungkin bagi membolehkan mahkamah mendengar permohonan itu dan memberi perintah selanjutnya," katanya kepada  pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Faiz Fadzil yang mewakili Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam berkata Hakim Hue membayangkan harapan agar pihak-pihak terlibat boleh berbincang dan mencari jalan supaya kes saman itu dapat diselesaikan secara baik.

Katanya mahkamah menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh akhir untuk pengurusan kes tersebut.

Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac tahun lepas dengan menamakan Dr Rosli dan ketua editor Harakahdaily Taufek Yahya sebagai defendan berhubung penerbitan artikel yang ditulis oleh Rosli pada 19 Februari tahun lepas berkaitan isu 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis Rosli sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya selain mendakwa penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

najis mendapat nasihat dari ulamak pas.

77777 said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.