Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KABINET TIADA FUNGSI


Isu pekerja asing: Mesyuarat Kabinet tak berfungsi?
Tuan Ibrahim
SHAH ALAM – Pas menyifatkan keputusan tiba-tiba kerajaan yang membekukan pengambilan pekerja asing ke negara ini serta-merta amat memalukan dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot yang bertentangan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai jumlah 1.5 juta pekerja dari Bangladesh itu juga mengejutkan.

“Ini menimbulkan persoalan, apakah menteri-menteri ini menghadiri mesyuarat Kabinet? Apakah perkara sebesar ini dibincang dalam Kabinet?

“Jika tidak, apa yang dibincang sebenarnya dalam setiap kali mesyuaratnya? Apakah yang cuma dibincang ialah strategi mempertahankan kedudukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai perdana menteri?,” tanyanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Malaysia dan Bangladesh telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor di Malaysia.

Namun, hari ini, Ahmad Zahid mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing dari mana-mana negara berkuat kuasa serta-merta sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Sebelumnya, Kementerian Sumber Manusia dilaporkan berkata angka 1.5 juta sebenarnya merujuk kepada bilangan rakyat Bangladesh yang berdaftar dengan Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara di Bangladesh bagi mendapatkan peluang pekerjaan di 139 buah negara serata dunia termasuk Malaysia.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu kemasukan pekerja Bangladesh seramai 1,5 juta itu tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mendakwa Najib sebagai perdana menteri tidak mempunyai masa untuk menguruskan negara susulan isu kemasukan pekerja dari Bangladesh yang timbul hingga menjadi kontroversi,.

“Kerana disibukkan dengan mempertahankan diri. Ahli-ahli kabinet pula turut serta dalam kerja mempertahankan bos sehingga alpa dengan kerja sendiri

“Apa yang rakyat boleh harap lagi daripada kabinet yang gemuk tapi kurang berfungsi ini?,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Nanti boss nombor satu murka bagimana Tuan Ibrahim. Kan boss penesihat Najib.

Anonymous said...

Ceh mengata orang pandai pulak,padahal dua kali lima jek.. titm pun dah brapa kali u turn sebab statement tak sama dgn presideng.. kahkahkah.. selalu tak bermesyuarat gak ke??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.