Pembentangan laporan akhir pengauditan 1MDB ditangguh
KUALA LUMPUR - Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit
Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan
esok (24 Feb) dan 25 Feb telah ditangguhkan.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin
berkata penangguhan itu dibuat kerana kebanyakan ahli PAC berada di luar
negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan yang mempunyai
komitmen penting.
"Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan
Laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB berkenaan,"
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata tarikh baharu bagi pembentangan laporan tersebut dijangka pada minggu pertama bulan Mac.
Dalam laporan sebelum ini, PAC telah menegaskan bahawa ia kini memberi
keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan menyiapkan Laporan PAC untuk
dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.
PAC telah mendengar keterangan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB
Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk
Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 11 Februari lepas. - Bernama
1 orang berkata:
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment