PKR dedah bukti dakwa BN salah guna dana
PETALING JAYA - PKR menampilkan bukti bagi menjawab dakwaan mereka mengenai BN menggunakan dana awam untuk kempen PRU13 lalu.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa sebanyak RM2 juta telah
digunakan oleh individu-individu tertentu untuk menjalankan kempen BN
dengan menggunakan dana awam.
"Penggunaan dana awam digunakan apabila geran Kerajaan Persekutuan
berjumlah RM2 juta telah dipindahkan kepada sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) pada 22 April 2013 bagi membiayai perbelanjaan kempen BN pada
PRU13 lalu.
"Saya boleh sahkan melalui semakan penyata bank bahawa kesemua RM2 juta
yang dipindahkan oleh Kementerian Kewangan sebagai 'geran' kepada NGO
tersebut telah digunakan bagi perbelanjaan kempen BN," katanya pada
sidang medianya di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dana kempen PRU13 tidak guna derma RM 2.6 bilion?]
Dalam pada itu, Rafizi juga menampilkan penyata kewangan 'perjalanan' keluar masuk perbelanjaan RM2 juta tersebut.
Katanya, daripada RM 2 juta itu, sebanyak RM954,678.10 perbelanjaan
digunakan BN untuk berkempen bagi masyarakat India di beberapa negeri
tertentu.
"Sementara itu sebanyak RM500,000 digunakan bagi penyediaan CD program sahabat BN.
"Dalam pada itu satu lagi cek bernilai RM420,000 digunakan sebagai bayaran untuk kemeja-T kempen BN," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment