PUUULAMAAAAK ! TERBONGKAR SUDAH AMANAH BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM, TAPI PARTI ASSOBIYAH ! TERBUKA TEMBELANG !!!! HAI MAT APA KHABAQ !!! - Pak Karamu
Amanah Johor hulur tangan kepada Muhyiddin
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor hari ini
mengajak Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Umno Negeri Johor untuk
meninggalkan Umno dan menyertai parti itu untuk melakukan perubahan
kepada rakyat.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, sekiranya seluruh ahli Umno
Johor keluar parti dan menyertai mereka, ia membuktikan penyatuan
anak-anak Johor dalam bersama melakukan gelombang perubahan negara.
"Dua sosok anak Johor, (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam
dan Muhyiddin) ini menggambarkan betapa bangsa Johor dilihat gah dalam
kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.
"Saya selaku pengerusi dengan semangat #Bangsa Johor yang tertanam hebat
dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini mengajak seluruh rakyat
Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk sama-sama buktikan,
bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!" katanya
menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, Muhyiddin bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd
Khalid Nordin perlu berjuang untuk membebaskan negara daripada segala
permasalahan dan skandal.
"Bersamalah dengan Amanah sekaligus bergabung padu dengan Pakatan
Harapan. Kita bersatu demi keadilan dan kemajuan bangsa Johor dan
Malaysia," katanya lagi.
1 orang berkata:
tanya dap dulu
Post a Comment