Gempa di Tasik Kenyir ketiga direkod sejak 36 tahun
KUALA TERENGGANU - Kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di Tasik
Kenyir, Hulu Terengganu, malam tadi, adalah yang ketiga direkodkan sejak
36 tahun lalu.
Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Terengganu, Jenuwa Husin berkata,
berdasarkan rekod Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pertama
direkodkan di kawasan berkenaan pada tahun 1980 ketika proses pengisian
air di empangan Tasik Kenyir.
Menurutnya, gegaran yang direkodkan ketika itu adalah 4.6 skala Richter iaitu yang terkuat pernah dicatat di negeri ini.
Manakala, kali kedua gempa bumi dikesan adalah pada Mac 2010, yang
menyebabkan gegaran sekuat 2.6 skala Richter berpusat di 43 kilometer
barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang.
“Malam tadi, Jabatan Meteorologi mengesan satu gegaran kecil berukuran
2.7 skala Richter di Tasik Kenyir, kira-kira jam 9.25 malam.
“Berdasarkan laporan, gegaran itu dikesan berlaku di 16 kilometer barat
daya daerah Kuala Berang pada kedalaman 10 kilometer dan boleh dirasai
di sekitar lokasi terbabit,” katanya.
Beliau turut menafikan gegaran itu berpunca daripada kerja Tenaga
Nasional Berhad (TNB) di lokasi berkenaan seperti yang disebarkan di
media sosial.
“Gegaran dipercayai berlaku akibat pelepasan gas tertonik dari garis
sasar atau garisan gempa bumi. Namun, orang ramai tidak perlu panik
kerana gegaran itu sangat lemah.
Sehingga kini juga tiada gempa susulan
yang dicatatkan,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment