Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN BERBEZA ANTI KERAJAAN

Rafidah gesa kerajaan jelaskan isu pengambilan pekerja asing
Rafidah Aziz
Rafidah Aziz
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa kerajaan agar menghentikan polemik dan pendebatan pengambilan pekerja asing, sebaliknya menjelaskan isu sebenar kepada rakyat. 
 
Katanya, sejak keputusan ‘flip-flop’ kerajaan berhubung isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh, ia terus dipolemikkan dan pendebatan mengenainya tidak pernah berkesudahan.

“Mereka yang bertanya dianggap sebagai ‘gila talak’, anti kerajaan, anti Umno, sedangkan separuh abad saya berkhidmat untuk Umno, di mana ketika itu ramai pemimpin muda pada hari ini (dalam Umno) masih berada di ‘tadika’.

“Hanya kawan sebenar sanggup menghulur leher bagi memberitahu perkara sebenarnya. Seseorang boleh mempunyai ramai kawan yang hanya berkata mengikut kehendak seseorang itu mahu dan lebih suka mendengar tetapi kemudian menanggung akibatnya,” katanya dalam status di laman Facebooknya, semalam.

Bekas menteri Kabinet itu turut mempersoalkan sejak bila pandangan yang berbeza dianggap sebagai anti-kerajaan.

“Ingat kisah ‘maharaja tanpa baju’? Kita tidak mahu melihat kerajaan berdepan dengan masalah yang tidak perlu hanya kerana keputusan dan pengumuman yang menimbulkan kebimbangan dan boleh dieksploitasi pihak musuh.

“Saya tidak pernah membenarkan diri saya menjadi pak turut kepada sesiapa. Ia tercatat dalam rekod saya,” katanya.

Rafidah bagaimanapun tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik mahupun kerajaan jika tiada keperluan.

“Tetapi ini tidak bermakna saya, sebagai rakyat jelata, saya tidak boleh menyuarakan pendapat saya, terutamanya apabila terdapat isu-isu membabitkan kepentingan awam.

“Seperti orang lain, saya juga keliru dan tidak memahami apa yang berlaku kerana keputusan yang sering berubah-ubah,” katanya.

Rafidah berharap individu dalam kerajaan tidak lagi memberi pandangan atau penjelasan yang bercanggah dengan kehendak kerajaan.

“Apa yang penting adalah berkomunikasi dan berbincang dengan semua pihak sebelum memutuskan sebarang perkara. Lantik seorang atau mana-mana menteri untuk mengumumkan sebarang dasar kerajaan.

“Ini soal tanggungjawab. Setiap individu perlu menggembleng usaha dan pemikiran untuk menjadikan setiap dasar adalah yang terbaik. Apabila negara ditadbir dengan baik barulah keyakinan awam dapat dipulihkan," katanya.

1 orang berkata:

77777 said...

DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.


KLIK DISINI 4d 5d 6d




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.