Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI PELUANG DIA BERTENANG

Husni: ‘Yang sudah tu sudahlah...’
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

SHAH ALAM – “Yang sudah sudahlah, saya mahu tumpu tugas saya sebagai ahli parlimen,” demikian reaksi bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu dalam hidupnya.

Beliau berkata, beliau merasa 'agak ringan’ selepas meletakkan semua jawatan dalam Kabinet dan parti.

Bagaimanapun, beliau masih terus memikul amanah sebagai Ahli Parlimen Tambun demi kesejahteraan rakyat.

“Sebagai ahli parlimen, kita bertindak sebagai badan perundangan serta berkhidmat kepada rakyat di kawasan Parlimen.

“Walaupun saya ditawarkan jawatan pengerusi di syarikat-syarikat korporat, saya tidak mahu. Saya akan terus tumpu (tanggungjawab) sebagai Ahli Parlimen Tambun seperti yang saya lakukan selama ini.

“Sebagai badan perundangan, saya akan lakukan (apabila Parlimen bersidang),” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian.

Ahmad Husni, 64, meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun lalu  sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.

Beliau memegang jawatan itu sejak Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada 2009 dan kini, jawatan Menteri Kewangan Kedua disandang oleh Datuk Johari Abdul Ghani,

Ahmad Husni turut melepaskan semua jawatan dalam Umno iaitu sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Bendahari Umno bagi menggantikannya sementara tugas Ketua Bahagian Umno Tambun kini dipangku timbalannya yang juga Adun Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Sebagai ahli politik dan pemimpin senior negara, Ahmad Husni menegaskan bahawa elemen good governance dan integriti perlu diamalkan dalam soal kepimpinan negara mahupun komuniti.
Katanya, dua faktor berkenaan akan memberi kesan yang baik terutama kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

“Jangan kita bawa politik feudal dan patronage sebaliknya biar kita bawa elemen good governance dan integriti dalam soal kita memimpin negara. Dua faktor ini beri kesan baik kepada rakyat dan negara,” katanya.

Ahmad Husni mula menang di Parlimen Tambun dalam PRU1999 dengan majoriti 7,084.

Beliau terus di kawasan itu untuk empat penggal berturut-turut hingga PRU13 pada 2013.

Pada 2013 beliau menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.