Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK DA BORANG, PARTI BARU BELUM UJUD, TUNGGU PILIHANRAYA


'Ramai tanya mana borang parti baharu'
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
PUTRAJAYA - "Sepanjang langkah saya ke lokasi majlis, adalah 30 kali orang tanya saya mana borang (keahlian) parti baharu," demikian ujar bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Katanya, ia sudah cukup membuktikan rakyat mahu bersama pihaknya menyelamatkan negara daripada segala kemelut yang melanda negara kini.

“Saya harap dengan nekad daripada rakyat keseluruhannya, kita bersatu hati dan betulkan keadaan. Biarlah suara rakyat yang bersatu hati ini kedengaran di seluruh pelusuk negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Parti baharu untuk ubah cara Umno]

“Apa yang hendak dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi pemimpin dibuat atas dasar menifestasi yang memegang tujuan untuk menyelamatkan negara ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam.

Beliau dalam ucapannya turut menyeru masyarakat untuk bersama-sama memperbetulkan keadaan semasa dalam negara ini.

“Kalau nak masa depan cerah (untuk) anak cucu, bersama-samalah dengan kami.Kalau tuan-tuan dan puan-puan rasa apa yang berlaku sekarang, perlu dibanteras, bersama-samalah dengan kami.

“Kalau nak kerajaan berintegriti, pemimpinnya tidak songlap duit rakyat bersama-samalah dengan kami. Kami berjanji harapan ini akan kami tunaikan,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.