Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA TAHUN DEPAN


Gelombang 4M mampu gugat BN
BN
Gambar hiasan

SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.


“Kalau PRU14 diadakan cepat, mungkin mereka tak sempat menyusun barisan dan BN akan mempunyai peluang yang tinggi. Tapi kalau 2017 tak berlaku PRU14 ini, maka gerakan ini akan menjadi lebih kuat kerana mereka memenangi isu nasional seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, sekiranya gerakan tersebut mampu mencipta gelombang dengan faktor Mahathir, ancamannya lebih besar kepada BN.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung dengan Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (Mahathir) dan Datuk Seri Mohd Shafie (Apdal) membentuk gelombang 4M, ia akan beri sumbangan perpecahan kepada parti yang stabil, Umno-BN sendiri.


“Jika masa mencukupi, Mahathir boleh mencipta gelombang itu. Cuma, sehingga kini masih belum nampak riak-riak gelombang lagi,” katanya.


Katanya, 1MDB sudah dijadikan peluru berbisa kepada BN di mana lama-kelamaan rakyat akan membina persepsi negatif kepada kerajaan.


“Jika Muhyiddin dapat menggerakkan isu itu, beliau juga akan beri bahaya yang besar kepada BN.


“Tapi kita dapat lihat komplikasi dalam gerakan Muhyiddin itu seolah-olah menepuk air di dulang memandangkan beliau asalnya orang kuat kerajaan yang mempertahankan dasar itu sebelumnya tapi kini selepas dipecat beliau dilihat memburukkan pula kerajaan sedia ada.


“Jadi, ini akan berlaku kontradiksi dengan perjuangan itu. Maknanya, kalau beliau nak bergerak, mesti mencari jalan tengah yang dibawa oleh gelombang 4M ini,” katanya.


Mengimbau dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, beliau mengingatkan bahawa kemenangan besar BN itu gara-gara perpecahan pakatan pembangkang.


“Tapi dalam PRU14 ini, perpecahan berlaku dalam Umno. Ini beri risiko yang tinggi kepada Umno jika gelombang 4M ini berlaku. Orang yang protes kepimpinan dalam Umno ini akan sertai parti baharu.


“Tapi kalau parti baharu yang diasaskan Mahathir ini berlaku, bagaimanakah mereka ingin membahagikan kerusi? Tapi kalau 4M ini berjaya wujudkan strategi mereka sendiri untuk pembahagian kerusi, maka di sini mereka akan ada kelebihan,” katanya.


Beliau turut mengingatkan pemimpin politik, rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti kebelakangan ini dilihat menjadi penentu kemenangan sesebuah parti dalam banyak pilihan raya.

3 orang berkata:

obat pelangsing wsc biolo original said...

siap menghadapi gelombang persaingan

agen yashodara said...

tahn depan akan semakin panas

obat penurun kolesterol said...

ketatnya persaingan akan merajalela

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.