Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Amaran kepada myanmar

'Enough is enough' amaran Najib buat Myanmar
 Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Malaysia akan memperjuangkan hak bangsa Muslim Rohingya, sehingga mereka mencapai kebebasan di tanah air mereka.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebab itulah beliau menyatakan solidariti untuk menghadiri Himpunan untuk Ummah Rohingya hari ini, walaupun telah digertak kerajaan Myanmar.

"Dia gertak saya, saya tak peduli...Saya hadir atas dasar mempedulikan ummah.

"Bukan kita nak campur tangan kita nak ingatkan Myanmar tentang Piagam Asean menyebut tentang hak asasi manusia tapi dia tak pakai.

"Jadi kepada kerajaan Myanmar. Kita nak beritahu kepada Aung San Suu Kyi. Enough is enough," katanya.


Sebelum ini,  kenyataan daripada Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

Dalam pada itu, Najib menegaskan gertakan itu juga tidak akan membuatkan beliau menjadi bisu sebaliknya beliau akan lebih berani bersuara selepas ini.

"Gertakan itu tidak akan membisu dan membutakan hati saya," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.