Umno tak janji imbuhan seperti parti lain
KUALA LUMPUR - Perjalanan Umno selama 70 tahun hanyalah perjuangan
penuh istiqamah, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi
Shahadan.
Menurutnya, Umno tidak pernah menjanjikan imbuhan kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti itu.
Sebaliknya kata Sohaimi, Umno selama 70 tahun konsisten dengan perjuangan untuk berbakti kepada rakyat.
"Kalau imbuhan dijadikan ukuran, maka jelaslah perjuangan mereka dalam
pilihan raya hanyalah untuk merebut kepentingan peribadi.
"Kita jelas bahawa perjuangan kita dalam parti hanyalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Masuk dalam Umno bukan untuk imbuhan, sebaliknya untuk meneruskan
perjuangan parti sejak 70 tahun dahulu. Mereka (parti pembangkang)
berhak buat apa sahaja yang mereka mahu, biar rakyat yang menilai,"
katanya lagi.
2 orang berkata:
Kah kah kah..nk muntahh
Tak mintak imbuhan?
Mintak dedak je
Post a Comment