Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARI SAMPAI DAPAT

Dua penyamun libas parang diburu
Dua penyamun libas parang diburu
Rakaman video yang viral di laman sosial Facebook menunjukkan dua lelaki bermotosikal.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki bermotosikal diburu polis selepas menyamun seorang wanita dalam kejadian di Jalan Midah Tengah 2, Taman Midah Cheras dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa bersama rakannya berdiri di luar rumah dan melihat motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek yang berlegar-legar di kawasan tersebut kemudian menghampiri mangsa dan rakannya.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek mengeluarkan parang dan minta menyerahkan wang. “Kerana bimbang dicederakan, mangsa  dan rakannya telah menyerahkan barang mereka iaitu telefon bimbit dan wang tunai.

“Suspek yang kemudian melarikan diri bagaimanapun terlanggar sebuah kereta jenis Honda dan menyebabkan mereka terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, seorang penumpang kereta telah keluar dan membaling kon ke arah suspek. Suspek telah bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pemandu kereta berkenaan dan mengenai lengan kanan. Katanya, suspek yang berjaya melarikan diri telah tertinggal beg galas dan jam tangan.

“Pemeriksaan dapati beg galas ini berisi spanar dan pemutar skru selain semakan nombor pendaftaran motosikal didaftarkan atas sebuah kereta jenis Proton Saga,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, rakaman video menunjukkan mangsa disamun dua lelaki bermotosikal berdurasi 51 saat mula menjadi viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.