Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CER TENGOK GAMBO, BAJU MERAH DIKELILING OLEH MATA CEPET, MERDEKAAAAA !

PKR BERSATU PAN DAP

PAN telah geger bocorkan maklumat BERSATU akan buat pengistiharan akan join Pakatan Harapan dalam sehari dua ini. BERSATU masih tersipu-sipu.

Silakan BERSATU. Maka bersedialah DAP, PKR dan PAN korbankan kerusi mereka kepada bersatu. Ini kerana mereka tidak sesekali bertembung dengan sesama parti kompenen Pakatan Harapan. Pendek kata mana-mana parti yang ada selera sesuatu kawasan itu perlu berbalah dulu tunjuk kekuatan siapa yang layak bertanding.

BERSATU punyai jiwa besar, PKR juga punyai jiwa besar , DAP memang abang besar dari kalangan mereka, PAN cakap je besar..

DAP sendiri sanggup kianat PKR, DAP pujuk Prof Aziz Bahri yang pernah bersama PKR dan tercalon dalam PRU13 untuk melompat meninggalkan PKR dan sertai DAP. Orang kata DAP dah aturkan strategi menarik untuk menguasai Kerajaan Selangor selepas PRU14 dan akan singkirkan PKR sebagai pemilik kerusi Menteri Besar. Mereka akan letakan Aziz Bahri di kawasan selamat dan ditabalkan sebagai Menteri Besar Baharu Selangor dari DAP.

PKR parti serba salah, orang baik dilihat jahat. Orang jahat diangkat dan dijulang. Tan Sri Khalik Ibrahim dijadikan musuh, dipecat dan dihina, agendanya nak naikan Wan Azizah. DAP percaya jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar mudahlah dia mengawal seperti dia kawal Nizar Menteri Besar Perak dahulu. Tapi PAS menjadi penyelamat kepada Rakyat Selangor.

PKR sangat tahu, banyak kawasan selama ini yang mereka menang adalah dari tenaga-tenaga PAS, wang ringgit, pentas ceramah, tampal poster dan sebagainya, sebab itu saya katakan dia parti serba salah. Apatah lagi ketiadaan Datuk Seri Anwar di arus politik semasa.

PAN semasa perkenalkan parti mereka, mereka cakap besar, mereka kata PAS akan tinggal Haji Hadi seorang diri selepas semua ahli Pas tinggalkan PAS untuk join PAN. Tak tahu la saya ditempat lain . Jika tempat saya orang yang paling bermasalah dalam PAS dahulu kini diangkat sebagai ketua untuk memimpin parti suruhan DAP.

Hari ini 10 Disember 2016, PAS Pusat selesai meluluskan 1,615 keahlian baru terdiri 57.4 peratus lelaki dan 42.6 peratus wanita manakala 73.8% adalah anak-anak muda. Jika PAN baca angka ini mungkin terkerut Presiden mereka memikirkan fitnah apa lagi nak lemparkan kepada PAS sebelum DAP marah dan mengamuk.

PAS sebelum ini sudah banyak berkorban demi rakan-rakan. Bilamana UMNO pecah dalam tahun 1988 dan Semangat 46 ditubuhkan, PAS korbankan banyak kerusi mereka kepada Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah.

Bila reformasi menerjah UMNO, sekali lagi PAS bersama keadilan dan sekali lagi PAS korbankan kerusi kepada PKR dalam kerjasama Barisan Altenatif. PAS masih punyai hubungan dengan keadilan yang dikenali PKR hari ini dengan bermacam ragam dan ujian besar. PKR pernah menyaman Presiden PAS melalui salah seorang bekas calon piliharaya.

BERSATU tentunya punyai bacaan sendiri kerana tidak menyatakan sokongan awal kepada Pakatan Harapan, mereka mengambil masa agak lama untuk ini sehingga hari ini. Jika mereka bersama Pakatan Harapan, mereka telah meletakkan mereka sebahagian budak suruhan DAP. Sepatutnya BERSATU kena memimpin Pakatan Harapan, demi kuasa dan agenda DAP, tidak mustahil DAP membenarkanya.

Tun Mahathir pun seolah sudah dicucuk hidung oleh DAP setelah berpuluh tahun Tun menjadi pejuang melayu tersohor, 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan akhirnya diusia 90an , Tun meletakkan dirinya dilembah kehinaan pejuang melayu bilamana sanggup berada di persidangan tahunan 2016 DAP baru-baru ini.

PAS mengulangi tidak akan berkerjama dengan mana -mana parti yang menjalingkan hubungan DAP dan PAN, ini tegasan Timbalan Presiden PAS Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man pada 09 Disember 2016.

Jadi, bersatu hatilah kamu, PAN dan PKR untuk korbankan kerusi-kerusi kamu kepada BERSATU dan yang paling menariknya berapa kerusikah DAP akan serahkan kepada BERSATU sebagai mengambil hati Tun Mahathir untuk menjayakan cita-cita DAP.

PAS dengan Gagasannya ....In Sha Allah.

Sekian..
Catatan Noja MAHA2016
4:45pm 10 Disember 2016

17 orang berkata:

Unknown said...

Pakkaramu hidung kembang xde siapa pun nak mengutuk!

Anonymous said...

Baju oren mike sabut n mujahid elok ada dikiri kanan baju merah tu baru lengkap geng hulubalang penjaga dap dr difitnah.fitnah orglain boleh asal jgn dap kata parti kuali.padahal baju merah itu tukang reka fitnah tu.sekarang telah duduk dlm fiynahnya srndiri.geng kuali teruk le barangkali kuali akan jadi bontot kuali hitam sebab dikalahkan oleh cahaya bunga bersatu padu dgn cina dap.hua ha ha

Anonymous said...

Nak tanya.
Bukan fitnah. Ini belum dijawab.
Siapakah ulamak yg SURUH & ARAHKAN gunakan duit cikgu yik sampai RM14 juta tu?

Mohon jawap.

Anonymous said...

Adakah hidung kembang itu yang mengarahkan kerja2 pembalakan di hutan simpan gua musang??

Tapi dia bukan ularmak. Tak mungkin dia. Ni misti ada org lain suruh ni sbb x cukup pitih.

Anonymous said...

Bersatu teguh, bercerai hilang kelantan.

Anonymous said...

Masing masing i lap u dap .i lap u abang besar.i jd hulubalang i jd kuli batak i jd kucing kurap nanti pru bg i kerusi janji i tak mahu duduk bersila

Anonymous said...

Dulu masa baik dgn dap, macam2 pas puji. Bontot lim kit siang pun wangi. Bontot guan eng harum mcm bunga anwar. Bila dah tak suka, macam2 keluar......

Anonymous said...

Kang jadi kuli batak umno la bila hilang kelantan.

Anonymous said...

Jdi kuli batak amno x pe. Dedak masyuuukkk

Anonymous said...

Pas sudah bercerai dgn dap n hulubalang hingus oren pan the kuali.barangkali juga pulau pinang akan jd sirih pulang ke ganggang.eh tukang jaja balak n duit cikgu yik tanya aje la dengan ketua hingus oren husam kamu tu kan lebih senang.dia kan lebih tahu byk perkara utk mengutuk kerajaan kelantan n memuja muji kerajaan pulau pinang.suruh lah dia report sekali mana yg patut.aneh betul duduk meroyan sj.tak kan lah pencuri dikelantanpun susah nak tangkap mcm najib juga.

Anonymous said...

Tak mungkin umno akan mengkhianati pas. Ahli2 umno kelantan akan pengundi pas. Jadi 100% kelantan akan kekal pada pas.

Anonymous said...

Susahkan kalau pas kekal di kelantan. Kang habis suma hutan simpan dia jual kat pembalak. Kita tegur kang dia pecat.

Anonymous said...

Silap tu. Bukan kutuk tapi tegur. Tegur pakai surat yg husam buat pun tak jalan. Kebal mcm kulit biawak.

Jual balak hutan simpan, ambik duit cikgu yik, zalimi org asli. Tu suma bukan ciri ulamak tu. Tu ciri kepala lanun tu.

Kita tegur je. Bukan kutuk.

Anonymous said...

Kita tegur supaya parti ularmak tu berubah jadi parti ulamak. Klu ularmak kerja ambik duit cikgu yik, tebang balak hutan simpan, kapirkan org pun kita sokong buat tuli, sampai bila2 pun akan jadi parti ularmak.

Cukuplah ambo dan keluarga2 ambo yg jadi mangsa bah kuning 2 tahun lepas sebab kerja2 derang ni.

Tapi klu demo nak rasa mcm ambo rasa, sokong la parti ularmak tu sampai hutan habis. Bila rumah demo hanyut, demo boleh duduk kat tugu memperingati bah kuning yang dia buat tu.

Anonymous said...

Kita tegur je.
Klu kita kutuk, kita akan guna perkataan spt barua, monyet, babi, anjing, anak haram, tokong, syaitan manusis.....

Tapi kita tak guna perkataan tu sbb kita tegur supaya sedar. Supaya balik pangkal jalan. Supaya taubat nasuha.

Ada faham?

"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"

Anonymous said...

Oiii dol...
Pas mana boleh kena tegur.
Itu bapak dia punya parti la.
Ko tegur kang dia baruakan ko.

Masuk amanah je la dol!

Lan said...

Kasihan peyokong Pas macam Pakarmu ni.... Dah tak ada isu sampai isu mata sepet pun di jadi kan hal. Mata macam mana pun itu lah ciptaan Tuhan. Kufur nikmat ke Pakarmu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.