Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH CAKAP DAH, YANG PENING IALAH PKR, HANGPA TUNJUKKAN LA KEKUATAN HANGPA !

LA NI PAS DAH TAK TAKUT DENGAN UGUTAN DAN GERTAKAN, TU SEMUA KERJA SYAITAN - Pak Karamu
 
 
Pas mahu tanding semua kerusi Permatang Pauh
Jamsari Samad
Jamsari Samad

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh mempertikaikan keputusan Parti Amanah Negera yang mahu bertanding di kerusi Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat Pas sejak sekian lama.

Ketua Penerangannya,Jamsari Samad berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk terus menentang Umno dan ia berjaya direalisasikan apabila telah beberapa kali mengalahkan parti itu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kerusi berkenaan.

Bagaimanpun, kentayaan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang menyatakan minat untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh amat mengejutkan.

"Adakah Amanah mahu bersekongkol dengan Umno untuk merampas kerusi itu daripada kami pada PRU akan datang. Saya yakin usaha mereka akan sia-sia kerana rakyat akan memilih Pas pada PRU akan datang.

"Pas Permatang Pauh mengalu-alukannya sesiapa sahaja mahu bertanding kerana ia hak demokrasi,cuma persoalan disini mengapa Dun Permatang Pasir untuk mereka bertanding?," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Katanya, untuk PRU akan datang Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kami juga berhak meletak calon ketiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi.

"Saya mahu menasihatkan Mujahid supaya selesaikan dahulu krisis perpecahan ahli dalam Amanah Pulau Pinang sebelum bercita-cita bertanding di Permatang Pasir," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mujahid yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antara beliau dan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?

"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Hadoi...ni sekor lagi tak faham bahasa.

Biorlah aku terangkan dgn bahasa paling mudah. Bila pas bukan ahli PH maka pertandingan jadi 3 penjuru. Siapa pun boleh letak calon termasuk Amanah.

Tapi memandangkan tn guru hj hadi dah berbaik dgn umno, cubalah pujuk najib supaya jgn letak calon umno kat situ. Pujuk najib mintak semua ahli umno undi calon pas.

TAPI HARUM MANIS SALEH MAN PUN RASANYA MACAM DAH TAK SYOK KAT PARTI BAIAH BINI NI. TINGGU MASA YG SESUAI JE TURR....

Anonymous said...

Janganlah marah2.
Negara demokrasi la dol...kalu mak lu nak jadi calon pun bole. Klu nenek lu nak jadi calon pon x salah.

Kalau menang belakang kira la. Janji pas tegolek sudah bagus.

Anonymous said...

Umno memang dah lemah sgt2. Kalu ikut buku memang ajal dah sampai. Tapi umno bijak gunakan pas untuk pecahkan undi PH ketika pas sedang sakit hati dan dendam kpd Amanah dan Dap.

Melayu dan dengki khianat serta dendam kesumat memang x dapat dipisahkan. Dan umno mengambil peluang ini untuk memastikan mereka menang.

Umno akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pas tidak bergabung dgn ph. Pas dan hadi menyedari perkara ini tetapi sifat dendam dan ego mengatasi segala2nya hatta jawatan dan negeri kelantan.

Hanya mereka yg bijak iaitu kumpulan harum manis dan penyokongnya yang mampu bertindak pada saat akhir untuk membuat hadi dan najib tersentak.....

Anonymous said...

Pas dah jadi alas kaki amno.
Tahniah.
Jgn salahkan Amanah tapi salahkan boss awak tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.