PRU14 adalah pertarungan kalah mati
SHAH ALAM - Pilihan raya akan datang adalah ibarat pertarungan kalah mati untuk rakyat negara ini.
Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, sekiranya Umno
menang, nescaya parti itu akan menggunakan kemenangan itu sebagai 'cop
halal' untuk pemerintahan kleptokrasi mereka.
"Penggunaan 'kleptokrasi' mungkin ada orang kurang faham, kalau
perompakrasi BN, saya percaya ramai anak-anak Malaysia boleh faham dan
rasa apa yang BN telah ambil dari mereka.
"Untuk mempertahankan pemerintahan perompakrasi mereka, BN tentu akan
melakukan apa saja untuk menumbangkan sesiapa yang menentang mereka,"
katanya di Konvensyen DAP 2016 di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, DAP selaku parti yang paling mengancam agenda BN akan
mempunyai risiko berdepan ancaman parti itu yang mahu memecah belahkan
parti.
"Saya menyeru agar semua ahli DAP tabah dan terus bangkit kembali menghadapi serangan demi serangan yang dilontarkan.
"Pada saat getir inilah kita perlu memastikan kesatuan kita semakin kukuh dan tidak mampu digoyahkan," katanya lagi.
3 orang berkata:
Ini kena tanya tok ketua lebai tuang punahsihat 25% kerajaan najib perompakrasi @ lanun.
Ko ni ada masalah jiwa ke hape. Tulisan asyik menghentam orang yang sama saja. Tak ada nilai ilmiah melain kan busuk hati..
Wahh..mcm tulisan ko ada nilai ilmiah..melainkan sekor walaun mangkuk hayun tolol lebai munafik Pas..ko sebenarnya yg ada masalah jiwa pertahankan ketua penyamun negara dan lebai2 parti jual agama peralatkan Islam.
Post a Comment