Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN INI RENTETAN DARI KENYATAAN MAT SABU

Amanah jangan bermimpi
Mahfodz Mohamed
Mahfodz Mohamed

SHAH ALAM - Parti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi Amanah yang baru setahun jagung ditubuhkan.

“Jika dalam pilihan raya lalu di Terengganu Umno menang tipis dengan hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.

“Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan,” katanya, semalam.

Beliau  mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Konvensyen Nasional Amanah kelmarin, bahawa parti tersebut mempunyai peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, Amanah dan Pakatan Harapan hanya parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihan raya mereka.

"Sedangkan Pas memiliki jentera pilihan raya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.

"Pas telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.

“DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.

"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Angkuh sungguh lebai ni.
Dulu menang pun sbb pakatan rakyat dan org asli sokong.
Dulu org sg besar pun cakap besar mcm ni. Tapi kalah teruk.
Mudah2an basuh Sg besar akan berjangkit ke kelantan dan terengganu.
InshaAllah. Amin ya Rab

Anonymous said...

Nak tengok air sungai jadi milo tarik dan hutan simpan jadi belukar, undilah parti lebai dol.

Hamba Allah said...

Amboi aihh...klo org PAS jwb tohmahan bodoh dari pankhianat laju ja ampa kondem..hbs tu klo dari pkr pan dok ckp mcm2 dkt PAS ampa xckp apa..dap tu terang² hina ISLAM pn ampa senyap ja..mcm tu ka org ISLAM???

Anonymous said...

Itu bukan angkuh.. tapi kenyataan..

Anonymous said...

Kenyataan pas kelantan bakal tumbang....

Anonymous said...

Dap hina islam tu biasa la. Dap tu kapir. Sama jugak mcm mic, mca ngan gerakan. Depa kawan umno tu pun hina islam jugak. Lagi teruk sampai nak pulau dewan. Sampai nak pastikan ruu 355 tak dpt dibentang.

Dah kapir, biasa la.
Tapi jgn la maki dan kutuk sebelah pihak je. Cara hangpa tu tak betol. Nak maki, nak kutok, kutuk semua dap, mic, mca dan gerakan sekali. Baru betol...

Anonymous said...

Kapir memang kat mana2 sama je. Tapi pelik la, mcm mna pas bole letak calon kapir. Pah tu ramai2 anguk2 undi kapir tu dgn alasan ada lesen penyokong pas.

Bole ke pas undi kapir jadi ketua? Musykil jugak la.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.