Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG SABAH UNTUNG ADA UMNO, JIKA TIDAK KERANA UMNO ORANG SABAH MEREMPAT ?

Umno bawa 'rahmat', kata wakil Sabah
Umno bawa 'rahmat', kata wakil Sabah
Warna warni di hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2016.

KUALA  LUMPUR - Kedatangan Umno ke Sabah terbukti membawa rahmat kepada rakyat negeri itu, kata wakil Umno Sabah Bahagian Kimanis, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.


Ini kerana menurut Mohd Ariffin, sepanjang 25 tahun Umno menapak di negeri itu ia telah terbukti berjaya membawa pelbagai pembangunan kepada rakyat di negeri di bawah bayu itu.


"Umno ke Sabah bukan untuk menjajah, Umno datang Sabah untuk membawa pembangunan yang kini setelah 25 tahun ia terbukti berjaya membawa pembangunan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Oleh itu, ujarnya beliau menggesa rakyat negeri itu, agar menolak pandangan supaya Sabah ditukar pentadbiran kerana Umno sudah menggalas tanggungjawab dengan baik.

"Jangan tukar pentadbiran," tegasnya.


Katanya, Sabah berjaya berada di tahap kini kerana hubungan baik antara negeri dan kerajaan pusat.


"Di Pusat abang, di Sabah sebagai adik bongsu kepada anda semua. Alhamdulillah negeri dan pusat amat baik, Sabah tak riuh kita guna jalan rundingan," katanya lagi.


Perhimpunan Agung Umno masuk hari kedua hari ini menyambung semula perbahasan usul ucapan dasar presiden.


Seramai sembilan jurucakap lagi dijangka berucap membahaskan usul berkenaan sebelum disusuli wakil yang membawa usul ekonomi.


Perhimpunan agung kali ini menghimpunkan sebanyak 2,643 perwakilan dari 191 bahagian.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Org teganu pun untong sebab ada ayoh lobai hadi. Negeri kaya, aman damai, bangunan pun dah tak runtuh dan paling best sebab negeri paling banyak turunnya rahmat tuhan.

Anonymous said...

Kalau kena dedak semua dh lupa diri termasuk ulamak

Anonymous said...

Dedak + balak lagi ngan.
Dedak dapat balak pun dapat.
Royalti projek pun bole tahan.

Anonymous said...

Skolah tinggi sampai PhD.
Sambung lagi belajar hadis.
Sambung lagi belajar tafsir Quran.

Habis belajar curi balak

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.