Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS DIMINTA PERTINGKATKAN KEFAHAMAN BERAGAMA

AHLI PAS DIMINTA MEMAHAMI DASAR PERJUANGAN BERAKIDAH DIDALAM BERAGAMA, DALAM MASA YANG SAMA PAS WAJIB MENENTUKAN SETIAP KAWASAN DAN CAWANGANNYA MELAKUKAN MAJLIS TAZKIRAH SUPAYA AJARAN BERAKIDAH DIMANTAPKAN TERUS MENERUS SUPAYA PENGARUH SYAITAN-SYAITAN DARI JENIS MANUSIA TIDAK MENGGANGGU FIKIRAN MEREKA.  

                                     
DIWAKTU KEBELAKANGAN INI TERLALU RAMAI PENGARUH SYAITAN DARI KALANGAN MANUSIA YANG CUBA MENGGUGAT FIKIRAN AHLI PAS DENGAN DAKWAH SONGSANG SERTA HASUTAN DARI SYAITAN-SYAITAN YANG MAHU CEPAT MENUJU KE PUTRA JAYA SECAYA GELOJOH DAN RAKUS SEHINGGA MENYESAT PEMIKIRAN AHLI-AHLI PAS. PAS WAJIB BERTINDAK SEKARANG, TANAMKAN ILMU AKIDAH  UMMAH TERHADAP AHLI ADALAH PERKARA UTAMA -Pak Karamu  

                 
Mursyidul Am nasihat ahli Pas bersangka baik
Hashim Jasin
Hashim Jasin

KUALA LUMPUR - Setiap ahli Pas bertanggungjawab meletakkan keikhlasan kerana ALLAH SWT  sebagai teras perjuangan.


Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dalam kenyataannya berkata, selain keikhlasan, ahli Pas juga perlu mempunyai sangka baik dan sentiasa istiqamah.


"Perkara ini sangat penting untuk dihalusi ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli Pas mulai kritikal,” katanya.


Menurutnya, konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli daripada jemaah.


“Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimba-ngan dakwah.


“Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim,” katanya.


Beliau berkata, Pas sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar dalam negara telah memiliki lebih sejuta ahli pelbagai latar belakang.


“Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah,” katanya.


Hashim berkata, setiap ahli Pas terikat dengan adab dan disiplin. “Ia membolehkan seluruh fikiran dan tindakan ahli dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan perjuangan,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

"..........hingga mencapai tujuan perjuangan".

Tujuan perjuangan kan dah tercapai. Nak jual balak dah tercapai. Nak jadi penasihat dah tercapai. Nak bentang ruu 355 pun dah 2 kali baca. Nak buang hussam pun dah buat. Nak UG pun dah jalan lancar. Nak baruakan mat sabu pun dah ok...

Kira ok la tu. Semua tujuan MULIA tu dah terlaksana.

Anonymous said...

Syaitan2 manusia itu ialah para ulamak yg bermuka2 mulia tetapi di BELAKANG mereka menjual agama. Syaitan2 manusia itu menyokong kemungkaran pemimpin yg jelas diketahui demi sedikit kuasa. Syaitan2 manusia itu berpura2 simpati pada manusia yg teraniaya tapi dalam masa yg sama menganiaya manusia lain. Syaitan2 manusia ini boleh sewenang2nya mentakfirikan Islam lain kerana mengandaikan mereka tetap akan ke syurga kerana kelebihan memiliki no keahlian parti mereka.

Wahai insan yang beriman dan berakal. Jauhilah syaitan manusia ini harta dengan hati kita buat pun itu hanya golongn selemah2nya iman.




"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"

Anonymous said...

BIAWAK HARAM DIBUAT RENDANG SEBAB LIDAHNYA BERCABANG.

Cabang belah kanan aktif melagu2kan kisah agama @ jual agama. Cabang belah kiri dominan kuasa, dedak, bersekongkol kemungkaran, balak dan duit cikgu agama.

Tapi ramai penggemar daging biawak rendang kerana kulitnya yang tebal dan menggerutu.

Anonymous said...

Oiiiiii....
Sedar tak?
Dlm umno bn tu ada mic, mca, gerakan. Derang pun tak sokong ruu.

Tak makan ubat lagi kot?

Anonymous said...

Sokong kenyataan mursitol ni. Tingkatkan kefahaman islam kpd ahli2:

1. Jangan maki hamun barua, pil kuda, syaitan manusia, babi, anjing, monyet...

2. Jgn kafirkan orang, nak tanam org kat jirat cina, tuduh hukum jatuh iman.

3. Jgn fitnah orang yg dah mati sbg murtad, yg hidup jgn tuduh wahabi dll. Jangan suka makan daging keluarga sendri.

4. Jgn jadi pencuri guna duit potongan gaji cikgu yik.

5. Jgn bersekongkol dgn pemimpin atau org yg nelakukan kemungkaran. Bukan 4 saksi, 10 saksi pun boleh.

6. Jangan sokong perompak harta rakyat, duit simpanan hari tua rakyat, duit rakyat nak pergi haji.

7. Jangan rosakkan hutan sebab hutan tu alam sekitar. Allah larang. Hutan rosak Allah akan timpa bencana.

8. Jgn menzalimi org miskin dan minoriti hanya sebab mahu wang. Jangan guna undang2 untuk tutup kezaliman. Kesihankan org asli yg miskin tu suoaya Allah kesihankan kita.

9. Jangan buat hukum manusia sesuka hati. Bawak bincang dgn byk pihak yg berotoriti. Jgn buat2 pandai tapi jahil hukum sampai pinda byk kali. Jgn tuduh org tak sokong tu kafir sedangkan hukum tu siap pun belum, bentang pun belum.

10. Jangan berpura2. Dalam parlinen pekak badak. Luar parlimen terlalak2. Bila negara dah dimalukan myanmar buat2 tak tau pulak. Nak buat benda mesti plan betul2. Jgn main redah hingga jatuhkan martabat raja2 kena hina.

11. Jadilah org beriman hanya kerana Allah dan bukan kerana politik, jawatan serta sokongan kepada hj hadi. Berimanlah kpd Yang Satu.

Anonymous said...

Syaitan2 yg bertopengkan serban dan jubah lg bahaya. Mrk sanggup gadai agama peralatkan Islam utk kepentingan diri masing2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.