Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERWAKILAN UMNO NI MELALUT-LALUT KALO BELAJAR MAKAN BERSEPIT OK GAK

BERHUJAH LOW STANDARD - Pak Karamu


Melayu perlu kuasai bahasa Mandarin
Wan Norashikin Wan Noordin
Wan Norashikin Wan Noordin

KUALA LUMPUR - Penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan orang Melayu perlu dipertingkatkan lagi.

Perwakilan Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, lebih-lebih lagi negara kini sedang giat untuk menembusi pasaran di China.

"Jika pelabur China ini memerlukan jentera atau pakar bidang-bidang tertentu, tuan-tuan ingat siapa mereka tertarik untuk ambil tenaga kerja warga tempatan? Tentulah mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

"Suatu ketika dahulu, dari semasa ke semasa iklan-iklan pekerjaan timbu dengan ayat 'Mandarin speakers only.' Jadi, marilah kita sahut cabaran untuk belajar bahasa Mandarin," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan disyorkan terus mengembangkan kelas efektif bahasa Mandarin di setiap sekolah kebangsaan.

"Kita ada sebanyak 5,943 sekolah kebangsaan di seluruh negara. Mungkin boleh digandakan kelas-kelas di kawasan bandar dahulu secara berperingkat.

"Ini kerana kita perlu menghasilkan golongan yang mengambil kesempatan menembusi pasaran negara China. Sebagai contoh, di Besut telah ada program MyMandarin yang diwujukan dua tahun lalu," katanya.

2 orang berkata:

cass said...

apa punya komen lah perempuan ni....sampai begitu sekali taksubnya dengan cina...sampai sanggup nak meningkatkan pembelajaran bahasa mandarin...dari satu sudut memang bagus kalau kita dapat menguasai banyak bahasa...tetapi dalam bab cina ni....cuba kita tengok keadaan kaum cina dinegara kita ini...ada yang langsung tidak boleh bercakap bahasa melayu...apatah lagi membaca...lihat sahaja iklan pengambilan pekerja disyarikat milik orang cina dinegara kita...walaupun syarikat kecil seperti kerani kilang kicap yang hanya membekalkan produk keluaran mereka untuk kegunaan tempatan...pun perlu fasih berbahasa mandarin...masih tidak sedarkah kita bahawa berlaku penyisihan kaum dalam pengambilan pekerja didalam syarikat milik kaum cina dinegara kita ini...lihat saja dikilang kilang yang bukan milik tempatan...milik mat saleh yang beroperasi dinegara kita....yang bersengkang mata kerja ikut syif hampir seratus peratus pekerja bawahan adalah kaum melayu dan india...jangan terperanjat kalau sesetengah operator pengeluaran melayu itu memiliki diploma dan ijazah...lebeh tinggi kelulusan dari pengurus atau supervisor kaum cina yang hanya memiliki spm...atau lebeh rendah....mana kuota 30 % kaum melayu dalam syarikat cina...melayu lulusan ijazah dan cina lulusan spm pergi temuduga disyarikat kaum cina...pasti cina yang akan diambil bekerja....jarang melayu yang dipilih....atau mungkin keduanya dipilih...untuk jawatan yang sama tetapi akan ada perbezaan dalam tanggagaji...cina spm dibayar 1400 sebulan melayu ijazah/diploma 1100 sebulan.
sudah jadi fenomena biasa dalam negara kita....pergilah kemana pun...human resource/perjawatan majoriti kaum cina...baik syarikat tempatan atau luar negara...disinilah segalanya bermula....diskriminasi kaum diambil bekerja...diskriminasi tanggagaji dan pangkat...diskriminasi kemudahan ....semuanya terdapat disini...cubalah turun mengintai sekali sekala disektor pekerjaan ini...
jangan hanya berdiri dirostrum berucap sewenang wenangnya ikut sedap mulut bercakap dan membuat cadangan secara melulu...turun buat temubual dengan pekerja pekerja bawahan ini yang terpaksa telan setiap diskriminasi ini demi sesuap nasi....
kamu yang berdiri di rostrum hanya nampak kuman diseberang laut...gajah yang didepan mata kamu...kamu langsung tak perasan...jangan hanya bercakap sekadar ingin nak menunjuk kredibiliti kamu berfikir demi mendapat tepukan gemuruh dan sokongan...bila ada peluang untuk berucap dipentas besar yang boleh membuka mata orang ramai...pergunalah peluang sebaik baiknya...keluarkanlah isu dan isi yang baik yang setidak tidaknya dapat memmbantu isu diskriminasi kaum...paling tidak pun membuka mata orang ramai supaya memberi perhatian terhadap isu yang makin meruncing ini...bukanya menambah lagi luka yang sedia parah....mendaulatkan lagi bahasa mandarin...supaya kaum yang berbahasa manndarin ini lebeh merasa megah dengan bahasa mereka dan pada masa yang sama memijak ranap bahasa ibunda...bahasa negara kita sejak turun menurun lagi...bahasa kebanggan bangsa melayu...dulu penjajah masuk...mereka belajar bahasa kita untuk mudah mereka berinteraksi dengan orang kita...sekarang kita pulak ketepikan bahasa kita sendiri...kita angkat bahasa kaum lain...kita kempen pulak bahasa orang lain...mana lebeh kita berbangga dan rasa hebat antara kita ikut orang atau orang ikut kita?

raybanoutlet001 said...

instyler max 2
cheap basketball shoes
christian louboutin shoes
prada shoes outlet
reebok shoes
michael kors handbags
michael kors handbags wholesale
ugg outlet
oakley sunglasses
cheap jordan shoes

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.