Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Acheh


 Gempa Acheh

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter di Banda Acheh, Indonesia hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, seramai 428 penuntut di Banda Acheh dilaporkan dalam keadaan selamat.

Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Republik Indonesia.


Konsulat Jeneral Malaysia di Medan juga boleh dihubungi di talian +62614531342/4535271/4523992 atau e-mel kepada mwmedan@kln.gov.my.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874530 atau 03-8874570 (selepas waktu bekerja).

Menurut Wisma Putra pihaknya menerima laporan bahawa seramai 25 orang terkorban dan 26 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi awal pagi itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.