Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Nazrin terkenal dengan idea bernas
Sultan Nazrin
 
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
 
 
IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina.

Diputerakan pada 27 November 1956, baginda yang merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tuanku Siti Bainun Mohd Ali, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Sultan Nazrin, 60, turut memegang pelbagai jawatan antaranya Canselor Universiti Malaya dan Universiti Sultan Azlan Shah selain merupakan Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.

Baginda turut dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Felo Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Terbilang.

Sultan Nazrin juga ialah Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) selain anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).        

Sumbangan baginda sebagai anggota panel tersebut pernah mendapat sanjungan termasuk daripada Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) September lalu.

Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak pada Mei 2014 dalam majlis penuh adat istiadat berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah.

Baginda dikurniakan seorang putera, Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah, 8, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, 5, hasil perkahwinan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan mulai April 1989-April 1994, Sultan Nazrin yang ketika itu merupakan Raja Muda Perak telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.

Antara teguran membina baginda termasuk menitahkan syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan yang diterajui orang Melayu untuk lebih mendaulatkan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka. - Bernama

3 orang berkata:

Unknown said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih....




















raybanoutlet001 said...

cheap ray ban sunglasses
bears jerseys
arizona cardinals jerseys
christian louboutin outlet
cheap ray bans
cheap oakley sunglasses
nba jerseys
adidas superstar
nike blazer
salomon shoes

jjjjjjjjjjjjj said...

roshe run
nike zoom running shoe
nike lebron soldier 11
adidas yeezy
adidas tubular
ray ban sunglasses
yeezy boost 350
nike cortez men
nike mercurial
jordan 6

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.