Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALASAN UJUD PARTI BARU LEMAH

Parti baharu, tunggu kenyataan rasmi saya: Ezzam
Ezzam Mohd Nor, Khairuddin Abu Hassan
SHAH ALAM – Tunggu kenyataan rasmi saya, demikian jawapan ringkas oleh bekas Senator, Datuk Ezzam Mohd Nor berkenaan desas-desus parti baharu yang akan ditubuhkannya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkaitan perkara itu memberitahu, satu kenyataan rasmi hanya akan diberikan pada Jumaat.

“Saya berada di luar negara, kenyataan rasmi akan saya berikan esok (Jumaat),” katanya menerusi pesanan ringkas WhatApp sebentar tadi. 

 Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ezzam dikatakan dalam fasa menubuhkan sebuah parti baharu.

Khairuddin berkata, parti itu ditubuhkan khusus untuk memerangi gejala rasuah yang berlaku di negara ini.

Biarpun masih di peringkat permulaan, namun parti itu mensasarkan golongan muda khususnya generasi Y bagi mengelakkan diri daripada rasuah.

“Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.

“Generasi Y (lahir 1980-an hingga awal 1990-an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka,” katanya kepada portal berkenaan.

Khairuddin berkata, parti baharu itu nanti tidak akan bersaing melawan pakatan pembangkang terbesar, Pakatan Harapan.

Sebaliknya, mereka mahu melengkapkan Pakatan Harapan dan sekutu baharu, Bersatu yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa sahaja kelemahan Pakatan Harapan, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu.

“Untuk PRU14 nanti, kami hanya minta diberi dua kerusi,” katanya.

Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari.

“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada Pakatan Harapan dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.

“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara.

“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu.”

Sehingga ini, hasrat itu masih belum dinyatakan kepada pimpinan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Pada PRU15 nanti, parti ini bersedia mengambil peranan sebagai pemimpin negara masa depan.

“Ini bukan lagi mengenai kami. Kami hanya mahu membentuk mereka menjadi pemimpin berwibawa yang akan mengambil tempat kita suatu hari nanti.

“Sebab itu kami tidak terburu-buru menjadi sebuah parti yang besar. Itu cerita kemudian hari, mungkin pada PRU15,” katanya. 

3 orang berkata:

Anonymous said...

nak kencing budak beringus r tu hehe..

Anonymous said...

Bole la join parti si pondan tu.

nur said...

bodoh , kau nak pecah lg undi melayu ? kau nak bagi najib menang kn ? budak sekolah rendah pun reti mikir niat jahat kau tu ...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.