Kedutaan Malaysia bakar dokumen, turun bendera
KEDUTAAN Besar Malaysia di Korea Utara memusnahkan
segala dokumen penting sebaik Pyongyang bertindak mengusir keluar Duta
Besar Malaysia, Mohamad Nizan Mohamad.
Menurut laporan stesen penyiaran China, prosedur darurat berkenaan
termasuk memuatkan bagasi mereka ke dalam kenderaan diplomatik dilakukan
sebaik saja Korea Utara mengumumkan keputusan itu jam 6 petang, 6 Mac
lalu.
Media China menyiarkan perkara itu sebelum agensi berita rasmi, Korea
Central News Agency melaporkan arahan semua rakyat Malaysia dilarang
meninggalkan Korea Utara, yang memetik kenyataan Kementerian Luar negara
itu.
Stesen CCTV13 milik China melaporkan, bendera Jalur Gemilang dan
bendera Asean di pekarangan canseleri juga diturunkan separuh tiang pada
Selasa lalu, manakala tiga kenderaan diplomatik dilihat bergegas
meninggalkan premis.
Bagaimanapun, agensi berita MediaCorp milik Singapura melaporkan, 11
warga Malaysia termasuk petugas kedutaan gagal keluar ketika cuba
menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sunan Pyongyang.
Kesemuanya terkandas termasuk dua petugas sukarelawan program bantuan
makanan anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), manakala selebihnya
ialah tiga kakitangan kedutaan dan enam orang ahli keluarga mereka.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika
ditemui pemberita di Parlimen Malaysia mengesahkan mereka selamat dan
nyawa tidak terancam kerana dipantau pihak Divisyen Protokol Korea
Utara.
Pyongyang menuntut Mohamad Nizan yang sebenarnya telah pun kembali ke
Malaysia pada 22 Februari lalu supaya meninggalkan negara rejim komunis
itu dalam masa 48 jam bermula jam 10 pagi Ahad lalu.
Langkah diambil sebagai membalas tindakan Malaysia mengisytiharkan Duta
Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebagai persona non grata pada
4 Mac lalu dan memberi tempoh 48 jam meninggalkan negara Islam itu.
Ia dilakukan selepas beliau gagal tampil di Wisma Putra pada hari
berkenaan untuk memohon maaf. Kang Chol meninggalkan Malaysia dengan
menaiki penerbangan Malaysia Airlines terus ke Beijing, China petang
Isnin lalu.
Duta negara itu juga dengan celupar tidak berpuas hati terhadap cara
pihak berkuasa Malaysia mengendalikan siasatan kes pembunuhan Kim
Jong-nam, yang juga abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim
Jong-un.
Jong-nam terbunuh apabila diserang dua wanita Asia tenggara dengan
menggunakan senjata kimia, agen saraf VX yang diharamkan, semasa mangsa
menunggu penerbangan ke Macau, China di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang pada 13 Februari lalu.
Pada 1 Mac lalu, rakyat Vietnam, Doan Thi Huong, 29, dan warga
Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh serta boleh dikenakan hukuman mati jika sabit
kesalahan.
5 orang berkata:
Agak agak bila kerajaan negeri kelantan kalah masa PRU nanti dokumen balak dibakar atau tidak?
Dasar pencacai... orang cerita lain. Ko tak habis2 dengan Pas kelantan..
Iklan Togel lagi pulak takde kena mengena bolih pulak...mudahnya Pakkara menghimpun dosa.
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1\\\"Dikejar-kejar hutang
2\\\"Selaluh kalah dalam pasang NOMOR
3\\\"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi NOMOR
4\\\"Anda udah kem-m tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
Solusi yang tepat jangan anda putus asah...AKI akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh NOMOR 2D ,4D, 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub:KI JAYA DI NO: [[[085-321-606-847]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL
Sbm pru tolong bungkus semua dokumen pentadbiran kelate dlm Kotak dan siap sediakan dlm kereta. Jgn bakar tau sbb nanti sprm cari susah pulak
Post a Comment