Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOREA UTARA/MALAYSIA MERUNCING

Malaysia halang pegawai kedutaan Korea Utara pulang
Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Malaysia mengeluarkan arahan serta merta melarang pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, larangan tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap arahan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Korea Utara yang melarang pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia di sana untuk keluar dari negara tersebut.

"Kami tak berhasrat untuk melakukan tindak balas tapi inilah yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar daripada ketatasusilaan dan kelaziman diplomatik," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan bahawa Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama berikutan pihak Korea Utara telah memanipulasikan kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin utama negara itu, Kim Jong-nam.

Menurut Zahid, pihaknya ingin menghantar mesej yang jelas kepada Korea Utara supaya jangan pernah menunding jari dan merendah-rendahkan siasatan yang dijalankan oleh negara ini.

"Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia telah menjalankan semua siasatan secara profesionalisme melalui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia, Jabatan Kesihatan dan lain-lain agensi di negara ini," katanya.

Mengulas mengenai langkah susulan selepas ini, Zahid memaklumkan bahawa kerajaan akan melakukan beberapa tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva yang telah ditandatangani bersama Korea Utara sebelum ini.

Selain itu, Zahid berkata, kerajaan juga tidak merancang untuk membawa perkara berkenaan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita akan mengambil beberapa tindakan berdasarkan daripada Konvensyen Geneva itu dan berharap agar Korea Utara dapat memenuhi perjanjian yang telah ditandatangani tersebut.

"Dan kita juga berharap tiada sebarang ancaman ke atas rakyat Malaysia di sana," katanya.

Tambah Zahid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan membawa perkara ini ke mesyuarat jemaah menteri yang akan bersidang pada Jumaat ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hadoiii
Kita x ada bom nuklear

Anonymous said...

Pengajaran kpd kita supaya lain kali kalau nak berbaik dgn komunis, fikirlah beribu kali. Komunis adalah musuh demokrasi

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.