Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MARDEKAAAAA !

Apa lagi akan naik lepas minyak masak, bahan api, gula
Nasruddin Hassan
Nasruddin Hassan

SHAH ALAM - "Selepas minyak masak, bahan api dan gula, apa lagi yang bakal dinaikkan harga oleh kerajaan?" demikian soal Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan ketika mengulas tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 11 sen 1 Mac lalu.


Mengkritik tindakan tersebut, Nasruddin dalam masa sama turut menyatakan langkah kerajaan yang membebankan rakyat ini akan menerima pembalasan daripada ALLAH kelak.

"Jika diteliti dengan lebih mendalam, kesan berantai daripada kenaikan harga gula kepada rakyat lebih meruncing. Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan inflasi yang mendadak adalah bahana yang sedang ditanggung rakyat dan semakin berganda dari sehari ke sehari.

"Selepas minyak masak, bahan api dan kini gula, apa lagi yang akan dinaikkan oleh pihak kerajaan? Berilah apa pun alasan tetapi tunggulah hari pembalasan kelak!" katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada satu sisi yang lain pula, ujarnya lagi, sifat kerajaan yang mementingkan diri dan hanya tahu mengaut keuntungan maksima dalam orientasi pemikiran kapitalisme telah menyebabkan keuntungan sosial diketepikan.

"Apatah lagi barangan dan perkhidmatan yang disediakan berkait dengan keperluan asas rakyat.
"Rakyat akhirnya menjadi mangsa orientasi pemikiran ini," bidasnya.

Dalam masa sama, kata Nasruddin lagi, peningkatan harga gula mentah dunia ditambah lagi penyusutan nilai mata wang ringgit juga akan memberi impak kepada kos mengimport gula.

"Kesan rantaian ini turut memberi implikasi terhadap kos pengeluaran gula di pasaran domestik.
"Purata mengimport gula adalah RM4.40 berbanding RM4.10 pada tahun sebelumnya," jelasnya lagi.

15 orang berkata:

Anonymous said...

Najib naikkan jumlah dedak. Dulu rm90juta, lepas ni rm180juta. Sila kemaskinikan buku akaun bank affin anda!!!

Anonymous said...

Apa hal tiba2 sibuk pasal harga barang naik? Nak ambik hati rakyat miskin ker?

Tak payah la. Parti lain dah dari dulu dah cakap benda ni. Parti ko aje yang sibuk dgn ruu hadi 24 jam sehari..

Ptuiiii

Anonymous said...

Oii ohstat..
Ko ada 4 saksi ker nak sebok2 pasal barang naik ni....heeeee

Anonymous said...

Bila dah nampak bayang2 nak kalah pru14, barulah teringat pasal harga barang. Hadoiiii

Anonymous said...

Nak turunkan harga barang, kita kena usir pas di kelantan pada pru 14 nanti. Ini sebab parti tuan punahsihat tak bole pakai

Anonymous said...

Kalau tak nak harga barang naik, pas jangan bertanding di kerusi umno dan umno jangan bertanding di kerusi pas.

Anonymous said...

Kurangkan sikit tengok filem german. Banyak sangat tengok ko boleh kena kanser otak dan kanser prostat. Hati2 tau.....

Anonymous said...

Ruu 355 hadi lebih penting drp harga barang naik. Tak patut ko habiskan masa utk fikir pasal harga barang naik. Sila beri tumpuan 150% kpd ruu hadi sahaja.

Anonymous said...

oklah jugak, masalah Parti al keldai alkaki fitnati sibuk nak bahagi kerusi aje. PANngan parti paling bangang dlm malaysia.

Anonymous said...

komen paling bangang. patutlah tergolong dlm krlompok al keldai pun

Anonymous said...

siapa nak jadi abg husam ke abg mat ni. pening jugak mikir ni. masing 2 gila kuasa.

Anonymous said...

Bukti cinta si keldai pada sikinzir. segala kata2 mu benar2 belaka.

Anonymous said...

sebiji seperti alasan ABDULLAH BIN UBAY mencari alasan untuk tidak mahu keluar berperang dgn nabi

Anonymous said...

Alahai en togel pura2 jadi orang baik pulak..togel togel

Anonymous said...

Lebai2 Pas penunggang agama perosak Islam dan akidah org melayu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.