Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG PARIT BUNTAR JANGAN JADI BODOH TERUS MENERUS

 HALAU CALON LUAR YANG BERSIFAT KHIANAT
BERSIKAP MACAM ULAR SAWA.
 
BELA KALDAI LAGI BAIK
DEPA SEMUA KAKI KENCING !

-Pak Karamu-
 
 
Pas Parit Buntar serik calon luar
Pas Parit Buntar serik calon luar
 
Abdul Bahrin(enam kiri) bergambar kenangan bersama Naib Presiden Pas, Datuk Nik Amar Nik Mohamad dan kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar yang baharu dilantik.
 
PARIT BUNTAR - Serik dengan tindakan bekas calon lompat parti, Pas kawasan Parit Buntar menggesa Jawatankuasa Pas Pusat memilih calon tempatan untuk bertanding di kesemua kerusi ditawarkan di Parlimen Parit Buntar pada pilihan raya umum(PRU) ke-14.

Yang Dipertuanya, Abdul Bahrin Mat Desa berkata, Pas kawasan Parit Buntar turut bersedia meletakkan calon bagi bertanding di kerusi Dun Kuala Kurau yang disandang Setiausaha PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari ketika ini.

Menurutnya, gesaan itu merupakan usul utama dibangkitkan perwakilan parti yang menghadiri Mesyuarat Agung Pas kawasan itu kali ke-63 semalam bagi mengelakkan kejadian 'pisang berbuah dua kali'.

"Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, kerusi Parlimen Parit Buntar sentiasa ditandingi calon luar, bermula bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Subky Latif sehingga penyandang yang lompat parti baru-baru ini, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Tindakan wakil rakyat dipilih ahli-ahli Pas cawangan lompat parti dan menubuhkan parti baharu ternyata melukakan perasaan mereka dan Pas kawasan sememangnya serik hendak mencalonkan kembali calon luar,"katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Abdul Bahrin berkata, dalam mesyuarat itu, perwakilan turut menekankan kepentingan ahli-ahli Pas cawangan mengenali hati budi calon tempatan yang dianggap lebih dekat dengan mereka.

"Mereka lebih yakin dengan istiqomah perjuangan calon tempatan yang sentiasa bersama mereka pada saat kejatuhan dan kebangkitan Pas sepanjang masa.

"Selain itu, ahli-ahli perwakilan parti turut bersetuju untuk Pas bertanding di semua kerusi dipertandingkan di Parlimen Parit Buntar termasuk kerusi Dun Kuala Kurau yang ditandingi PKR sebelum ini,"katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Akhirnya pas sedar pentingnya pertandingan 3 penjuru. Pas boleh menang.

Anonymous said...

Tgna bekerjasama dgn dap.
Tgha x nak bekerjasama dgn dap.


Antara keduanya, sapa yg betul?
Antara keduanya, sapa yg bangang?
Antara keduanya, sapa ambik dedak?
Antara keduanya, siapa yg tipoo?

Anonymous said...

Tgna x nak kejasama dgn umno.
Tgha nak baik2 peluk2 umno.

Antara keduanya, sapa tipoo rakyat?
Antara keduanya, sapa pandai?
Antara keduanya, sapa bangang.
Antara keduanya, sapa kluk klek?
Antara keduanya, sapa x boleh pakai?

Anonymous said...

Tgna x nak kerjasama dgn umno.
Tgha nak kerjasama dgn umno.

Antara mereka yg mana buat selari dgn islam?

Anonymous said...

Kenapa bila tgna dah meninggal baru tgha berbaik2 dgn umno?

Anonymous said...

Dulu mana ada dedak...

Anonymous said...

Dulu dap lawan hudud tapi Tgna berkawan jugak dgn dap.

Sekarang dap sama mcm dulu, lawan hudud tapi Tgha bermusuh dgn dap.

Yang mana antara keduanya mengikut ajaran islam sebenar? Tgna ker Tgha?

Unknown said...

nike air max 2017
christian louboutin outlet
michael kors handbags
ray ban sunglasses
vans shoes
longchamp handbags
jordans
michael kors handbags
christian louboutin shoes
mizuno running shoes
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.