Pas Gelang Patah sokong putus hubungan dengan DAP
JOHOR BAHRU - Kelantangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dalam menyuarakan hasratnya untuk memutuskan hubungan dengan DAP terus
mendapat sokongan akar umbi parti termasuk dari Johor.
Ini dapat dilihat melalui perhimpunan aman yang diadakan oleh kira-kira
100 ahli Pas Gelang Patah di luar pekarangan Masjid Jamek Gelang Patah
di sini, selepas selesai solat Jumaat.
Wakil kumpulan itu, Hairy Rizwan berkata walaupun pernah bersama dalam
Pakatan Rakyat, tetapi kini pihaknya sudah tidak ada lagi keperluan
untuk bekerjasama dengan DAP yang secara jelas menolak pindaan Rang
Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016
atau RUU 355.
Beliau berkata pihaknya turut kesal membantu Pakatan Rakyat berkempen
dalam PRU13 lalu sehingga memenangkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
di kawasan Gelang Patah.
"Hari ini jelas, Kit Siang membelakangkan kami sebagai orang Melayu
malah menikam Pas dari belakang. Untuk itu, kami menyokong sepenuhnya
keputusan presiden untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.
"Bukan itu sahaja, kami bersetuju dengan tindakan untuk memutuskan hubungan dengan parti-parti yang ada kaitan dengan DAP.
"Terus terang kami nyatakan, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) adalah parti yang sedang menikam Pas, namun, pada masa sama
menghulurkan tangan untuk berkawan. Kami nampak permainan ini," kata
Hairy yang sudah 12 tahun bersama dengan Pas.
Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi tidak dapat menerima DAP
semula disebabkan beberapa alasan antaranya kerana parti itu menentang
pelaksanaan pindaan RUU 355.
Selain itu, beliau mendakwa DAP mempunyai agenda tertentu berhubung
kerjasama semula itu kerana ingin menang dalam PRU akan datang. -
Bernama
7 orang berkata:
Hahaha 100org jer?? Hadi tak tabur dedak kat diorang ke?
Kepada rakan2 PAS yg telah menyertai pan, kembalilah ke pangkal jalan. Marilah kita sama2 menguatkan semula PAS demi memartabatkan agama Allah dan menegakkan keadilan kpd rakyat seperti dahulu. Mahukah kita melihat kelemahan kita ini diambil peluang oleh umno dan dap? Mahukah kita kelemahan kita ini menjadi sebab pas akan berkubur dan kelantan jatuh kepada regim BN?
Marilah kita bersatu kembali dalam satu saf bersama kepimpinan PAS untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara kita. Marilah kukuhkan ukhwah kita dalam PAS seperti dahulu. Allahuakbar.
Unta tak cukup makan. Hahaha
Aku selagi hadi flip flop aldedak 90juta jadi presiden pas, mintak maaf laa nak undi pas lagi.
Ye ke 100. Masa keluar TV3 semalam tak sampai 20 org rasanya. Takkan TV3 nak edit video pulak bagi nampak tak ramai.. pas dah mesra TV3 tu. Takkan TV3 nak tikam belakang.
Tahniah PAS gelang patah...usaha lebih lagi utk kuburkan DAP n PH PRU14...pakatan yg dipenuhi mnausia hipokrit dan munafik
- LGE = perasuah
- Zairil= penzina
- Anwar= pembontot
- Azmin= blowjob dlm toilet
- Izzah = blowjob pensyarah
- Rapiji= pelawok n pemfitnah tegar
- Mak lampir = tukang sebat project
- etc....
PH dan BN tak beza...
PA$ parti pemfitnah tegar.
Undi PA$..Islam dan org Melayu akan rosak akidah.
Post a Comment