Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIAN CHUA BERSALAH

Hina polis: Tian Chua didenda RM3,000
Tian Chua
Tian Chua

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguaan munasabah terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Naib Presiden PKR itu bagaimanapun membayar denda berkenaan
Mengikut pertuduhan, Tian Chua didakwa mengeluarkan perkataan kesat terhadap Deputi Supritendan (DSP) Glenn A Sinappah yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini pada jam 7.45 malam, 14 April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.