Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TOLAK USUL DAP KERANA TIDAK BIJAK SANA

Speaker tolak usul bahas isu Korea Utara
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Usul mengenai isu Korea Utara yang dibawa oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dari DAP untuk dibahaskan di Parlimen ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menerusi satu kenyataan, Sivakumar berkata, penolakan itu diterimanya pagi tadi menerusi satu surat rasmi daripada Pandikar.

"Antara isi kandungan surat itu ialah berdasarkan situasi semasa adalah penting untuk terus mengekalkan komunikasi melalui saluran diplomatik agar kerajaan Malaysia dapat berhubung dengan pihak Korea Utara terutama sekali bagi memastikan rakyat negara kita yang berada di republik berkenaan selamat dan terjaga.


"Ini kerana sebarang tindakan sebaliknya dikhuatiri boleh mengeruhkan keadaan dan menyukarkan proses penyelesaian ke atas isu ini," katanya.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata beliau menghormati dan menerima baik keputusan tersebut.

"Namun saya berharap kerajaan akan menggunakan segala peluang yang ada untuk menyelesaikan isu ini secara diplomatik dalam masa terdekat," katanya.

Perdana Menteri sebelum ini dipetik sebagai berkata, keadaan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara tidak membimbangkan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di negara itu dibenarkan menjalankan kehidupan seperti biasa, tidak dikurung, boleh keluar dan boleh buat urusan seperti biasa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.