Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAH, PARTI AMANAH HARAM ?

JANGAN KABURKAN JIWA UMAT ISLAM, APA JUGA BENTUK FATUA PERLU DATANG DARI MULUT YANG MEMBERI FATWA, JIKA TANYAKAN KEPADA ULAMA MAKA RAMAI YANG TIDAK YAKIN, JIKA ADAPUN MEREKA TIDAK ADA AUTORITI MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN, APA YANG PENTING ADALAH PANDUAN YANG MUTLAK, IAITU AL QURAN DAN HADIS YANG SOHEH, JIKA NAK BERBINCANG MAKA ITU JALAN TERBAIK, TAPI KEPUTUSANNYA KENA AKUR, BUBAR ATAU TUKAR KEPADA  BADAN NGO, PADA PANDANGAN SAYA AMANAH TIDAK PERLU UJUD SEBAGAI SUATU PARTI POLITIK BERBENTUK ISLAM KERANA SUDAH UJUD SEBUAH PARTI ISLAM, WALAU APAPUN AMANAH TIDAK DAPAT DITERIMA SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM SEHINGGA KITA TAHU DAN FAHAM DASARNYA. DALAM AL QURAN ADA SEBUT "JIKA KAMU BERSELISIH AKAN SESUATU MAKA KEMBALILAH KEPADA NYA DAN RASULNYA  - Pak Karamu                        
                                 

Amanah jawab isu diharamkan Yusuf al-Qardawi


Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub


KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) diharamkan oleh ulama terkenal ‎Profesor Yusuf al-Qardawi adalah tidak benar.

Menurut Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub,  Datuk Mujahid Yusuf Rawa  telah bertemu sendiri dengan Yusuf di Doha, Qatar pada 18 Oktober lalu bagi bertanya lanjut perihal tersebut.


"Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan  oleh Prof Yusuf al-Qardawi.


"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa dari Prof Yusuf al-Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di Malaysia.


"Saya sebagai mewakili Amanah tegaskan bahawa Amanah bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu berbincang dan komited untuk menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah  seluruhnya," katanya.


Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam   tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji serta mengambil pendekatan terbuka terhadap parti tersebut.


"(Ia) memberi peluang untuk berbincang dengan Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan  menghukum sewenang-wenangnya," katanya.

2 orang berkata:

XUMNO said...

Macamana Parti Amanah boleh mendabik dada konon menyokong islam kalau sedari awal Presiden nya sudah menyatakan bentuk islam yang diperjuangkanya mesti dapat persetujan daripada Dap dan Lim Kit Siang yg jelas anti-islam? Mat Sabu juga dengan sombongnya mengarahkan agar wakil2 rakyat Amanah tidak menyokong cubaan Pas membawa usul memperteguhkan kuasa mahkamah syariah. Jadi apa jenis islam yang disebut oleh Salahuddin? Sekaranf Imam Besar Lim Kit Siang sudah keluarkan fatwa 'Pas itu islam dan islam itu Pas' Jadi geng yang dah keluar Pas bagamana???

Anonymous said...

Sy harap blogger dpt menganalisa atau membuat tabayun dahulu tentang isi kandung hebahan.dan nasihat saya jangan kita menulis dgn emosi amarah kerana amarah itu punca musnahnye keadilan.Terlalu byk dan timbunan bukti,keputusan tghh yg bersalahan dgn kata2 dahulu dgn yg sekarang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.